“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali ALLAH (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu ALLAH menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat ALLAH itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu ALLAH selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah ALLAH menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
(Ali-Imran:102-103)

Sunday 19 February 2012

Ini Ada satu Cerita



Suatu hari sewaktu aku selesai menunaikan solat jumaat,
aku terpandang seorang remaja yang dianugerahkan oleh Allah swt hidup dengan keadaan tempang. Lantas aku teringat seorang kenalan lama sewaktu menuntut di sebuah kolej di Negeri Sembilan dulu. Aku sangat mengagumi mereka kerana dalam keadaan sebegini, mereka tabah menjalani kehidupan seperti orang normal.

Aku mula mengenali Mat(bukan nama sebenar) sejak kami sama-sama menimba ilmu dalam kuliah yang sama. Setiap hari, aku sering terpandang Mat dalam perjalanan ke kelas, hatiku sayu melihat dirinya bersusah payah melangkah dengan keadaan sebegitu. Dia juga sering mengunakan anugerah Allah swt itu untuk melangkah ke rumah Allah swt. Baginya, tiada halangan untuk menunaikan ibadah kepadaNya.

Disitu aku pun terfikir, keistimewaan yang Allah kurniakan
kepada mereka tidak seistimewa orang yang normal. Kerana, mereka tidak pernah merungut hidup dalam keadaan sebegini. Bahkan mereka lebih tabah menyembah Tuhan Yang Satu, mengalahkan umat yang normal. Ada juga sesekali dia berpesan kepadaku supaya jangan menjebakkan diri dalam kelalaian duniawi, Solat juga harus sentiasa dihati. Dalam hatiku bertanya, mengapakah ramai manusia sekarang semakin menjauhi dengan Allah? Sedangkan mereka hidup dengan kekayaan yang dikurniakan olehNya.

Sesunguhnya nabi pernah berbicara tentang kedatangan hari kiamat dan diantara tanda-tandanya ialah, semakin ramai umat Muhammad saw menjauhi masjid, meninggalkan Al Quran dan melakukan maksiat di muka bumi Allah swt ini. Namun ini semua seperti tidak dihayati oleh orang-orang yang hanyut.

Berbalik kepada remaja tadi, aku melihat dia melangkah menuruni anak tangga satu persatu dengan penuh berhati-hati kerana bimbang orang ramai yang berpusu-pusu melanggarnya. Ketika sedang perhatikan dia, tiba-tiba datang seorang lelaki yang separuh abad kukira umurnya memimpin tangan remaja itu, dengan perlahan dia melangkah ke arah motosikal dan membantu remaja itu untuk naik keatas motor tersebut. Oh, itulah kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. walaupun anak itu tidak sempurna, namun dibelai dengan penuh bermakna.

Alangkah bertuahnya remaja itu  memiliki seorang ayah yang tabah. Berbeza dengan sesetengah orang yang malu dengan kecacatan anak malah ada yang sanggup menafikan bahawa itu adalah anaknya.
Hmm, sesesungguhnya anak itu adalah kurniaan Allah yang tidak terhitung nilainya.

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment