“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali ALLAH (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu ALLAH menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat ALLAH itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu ALLAH selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah ALLAH menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
(Ali-Imran:102-103)

Wednesday 26 September 2012

Bersahabat

           Dulu, mase kecik-kecik... Mak aku selalu pesan.. "berkawan tu berkawan la baik-baik.. Kalau nak berkawan, cari la kawan yang  membawa ke arah kebaikan.. Bukan mencari kawan yang membawa ke arah kerosakan.. Kalau nak jugak, boleh... Tapi biar kita yang bimbing mereka ke arah kebaikan.." Aku kurang faham.. Sekarang, Stelah 22 tahun hidup, aku smakin mengerti, apa yang mak aku psan dulu... Ternyata, apa yang dpesan itu benar-benar mencabar hidup aku. Pesan itu, akan ku ingat sampai bila-bila.

Sebenarnya, apakah makna kawan/sahabat sebenarnya..??
 
          Jika dibuka kamus dewan, kawan/sahabat membawa maksud teman, rakan, taulan, sekutu, handai dan sebagainya.. Setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk berkawan dan secara fitrahnya, tidak mahu mencari lawan. Untuk apa kita berkawan? Adakah semata-mata untuk memenuhi kekosongan hati? Atau ade sesuatu disebaliknya? Ianya bergantung kepada niat seseorang manusia itu. Namun sejauh manakah persahabatan itu dinilai berdasarkan niat?

Ada orang, suka berkawan kerana inginkan keseronokan semata-mata. Ada orang suka berkawan kerana harta, pangkat dan sebagainya. Ada orang lain pula, suka mencari kawan kerana Allah dan Rasul.. Kawan.. Oh Kawan... Sebenarnya kawan/ sahabat boleh letakkan di dalam dua  jenis iaitu, kawan yang membina, kawan yang memusnah.

Rasulullah (SAW) ada mengingatkan mengenai kawan yang baik yang perlu dicari dan dipilih untuk menjadi panduan dan ikutan. Iaitu mereka yang dapat menjadi contoh teladan dalam semua bidang kehidupan. Dan bila kita berkawan atau mendekatinya dia akan memberi keuntungan sama ada dalam kehidupan dunia atau akhirat. Dia dapat menambahkan ingatan kita kepada Allah ilmu juga akan bertambah di samping dapat menambah semangat jitu untuk beramal dan berbekal untuk hari akhirat. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah melalui sebuah hadis.

Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.) “siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat. (HR Tarmizi) 


Rasulullah juga berpesan tentang adab-adab bersahabat, antaranya;


1) Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya

Melalui Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah telah bersabda "Jika seseorang kasih kepada seseorang, maka hendaklah dia memberitahu temannya."

2) Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

"Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudara seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan oleh malaikat dengan berkata (Engkau juga akan mendapat seumpamanya)."
(Hadis Riwayat Muslim)

3) Sentiasa bermanis muka ketika bertemu.

Sabda Nabi SAW, "janganlah kamu meremehkan kebajikan walaupun sedikit; sekalipun berjumpa temanmu dalam keadaan ceria" (HR Muslim)

4) Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.

"Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum berpisah"(HR Abu Daud)

5) Amalan ziarah Menziarahi

"Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu" (HR Ahmad)

6) Memberi hadiah

Nabi SAW bersabda, Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang" (HR Thabrani)

7) Membantu sahabat yang dalam kesusahan

"Orang-orang yang berjalan untuk menunaikanhajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan" (HR Hakim)


Berdasarkan hadis-hadis diatas, jelaslah bahawa persahabatan akan menjadi indah jika ianya tertaut bersama  keredhaan Allah SWT. Oleh itu, jelaslah tentang pesanan mak terhadapku. Jika kita tidak mampu untuk membimbing, maka berusahalah untuk dibimbing...

Sekian Wasalam..

(Hamba hanya insan yang lemah. Jika ada kesilapan, mohon perbetulkan)
Rujukan: artikel Rahsia Angka 7, Portal Jakim, Kawan, Konsep Persahabatan dan Persaudaraan Menurut Islam.