“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali ALLAH (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu ALLAH menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat ALLAH itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu ALLAH selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah ALLAH menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
(Ali-Imran:102-103)

Wednesday 16 May 2012

Perihal Seorang Budak & Pohon Epal

          Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



Moral:
Cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak para remaja berfikir cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak remaja berfikir tentang pengajaran di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan.
Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masakini melayan ibu bapa mereka. Semoga kisah ini memberi keinsafan kepada kita semua.

Allah berfirman:

Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya …  ”  (Al-Ankabut ayat 8 )


Wallahualam...


Wednesday 9 May 2012

Peristiwa Khaibar: As-Syahid yang Tidak Pernah Solat

           Ketika dalam perjalanan ke Khaibar juga, pasukan tentera musuh bertemu dengan seorang budak hitam berbangsa Euthopia yang sedang mengembala kambing. Ketika dia melihat pasukan yang lengkap bersenjata, lantas dia bertanya, “Ke manakah kalian?”

            Jawab mereka, “Kami ingin memerangi seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai nabi.” Jawapan daripada mereka itu telah menggerakkan hatinya untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w.. Dia segera pergi menemui Rasulullah s.a.w. dengan seluruh kambing pemeliharaannya.

            Setelah bertemu, dia bertanya, “Apakah yang tuan ajarkan? Apakah yang tuan serukan?”

            Jawab Rasulullah s.a.w., “Aku ajak kamu kepada Islam, hendaknya kamu bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan aku ialah utusan Allah. Janganlah kamu menyembah selain Allah.”

            Tanya hamba itu lagi, “Apakah balasanku jika aku beriman kepada Allah?”
            Jawab Rasulullah s.a.w., “Kamu akan mendapat syurga jika kamu mati atas Islam.”

            Setelah mendengar demikian, maka hamba itu menyatakan ke-Islamannya dan berkata kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, sesungguhnya kambing-kambing ini diamanahkan kepadaku.”

            Jawab Rasulullah s.a.w., “Kalau begitu lepaskan kambing-kambing itu di tanah ladang, nanti Allah akan (mengembalikannya) ke tempat tuannya.”

            Setelah kambing-kambing itu dilepaskan, maka kambing-kambing itu segera kembali kepada tuannya. Sejak itu tahulah tuannya iaitu seorang Yahudi bahawa hambanya si budak hitam itu telah memeluk agama Islam.

            Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri dihadapan sekalian tentera Muslimin dan menyematkan ke dalam hati-hati mereka akan marakan api semangat jihad dan berani untuk menghadapi musuh-musuh Allah, kerana semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan bercita-cita untuk memperolehi syurga dan segala kenikmatan yang telah dijanjikan. Apabila kedua pasukan saling bertempur, dan peperangan sengit bermula, ketika itulah kelihatan debu-debu berterbangan di medan Khaibar, akhirnya budak hitam itu rebah syahid di medan Khaibar. 

                  Ketika jenazahnya dibawa ke dalam khemah Rasulullah s.a.w., baginda berkata kepada sahabatnya, “Sesungguhnya Allah telah memuliakan budak hitam ini dan membawanya kepada kebaikan. Aku lihat dikepalanya sedang berdiri dua orang bidadari sedangkan dia belum pernah bersujud (bersolat) walaupun sekali.”

Monday 7 May 2012

Lukisan Untuk Ayah



                        Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, ‘Siapa punya kerja ni?’ Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan ‘Tak tahu… !”Saya tak tahu Tuan..!

”Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik si isteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantik kan !’ katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita demam… ‘ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata…

‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis…. ‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Kasih kebendaan hanya sementara, Kasih anak, membawa kekal selamanya"

Copyright@2012: Diolah daripada Kisah Ita Si Anak Kecil

Sunday 6 May 2012

Khalid Al-Walid :Pedang Allah

                       Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru….Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera iaitu anugerah 'Pedang Allah'

Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.
          Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.

Berbicara tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau tidak menceritakan tentang peristiwa dalam peperangan Muktah yang memang terkenal itu.

Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.

Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"
Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"

Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"

Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan   berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".

Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"

Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.

Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata : "Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"

Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai Rasulullah SAW ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.

Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.

George  bertanya : "Wahai   Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Tidak"

George bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"

Khalid b Al-Walid berkata : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"

George bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"

Khalid b Al-Walid menjelaskan : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"

George seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Ya, itulah yang lebih utama"

George  berkata : "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Kamu hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu"

Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk............. !!! dan tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.

Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang keduapun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain..........begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya...Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut !   Ini membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW.

Sumber:
http://khairitajudin.blogspot.com/

Saturday 5 May 2012

Perkara Sia-Sia di Akhir Zaman

1. Semua sikap, ucapan dan tindakan yang diharamkan Islam. Hal ini termasuklah perbuatan. Kerana melakukan sesuatu yang haram akan mengundang murka Allah, melemahkan iman dan ketakwaan, serta merosak fizikal dan mental seseorang sehingga wajib ditinggalkan.
2. Semua perkara syubhah yang masih tidak jelas halal dan haramnya. Kerana melakukan perkara syubhah akan menjerumuskan seseorang ke dalam hal-hal yang haram. Di samping itu dengan meninggalkan hal-hal yang syubhah bererti seseorang telah menjaga agama dan kehormatannya.
Rasulullah saw,
“Barangsiapa menghindari perkara-perkara syubhat, maka ia telah memelihara agama dan kehormatannya. Barangsiapa jatuh ke dalam perkara-perkara syubhat maka ia telah jatuh dalam perkara yang haram.” (HR Bukhari dan Muslim)
3. Semua perkara yang makruh, iaitu perkara yang apabila seseorang meninggalkannya maka ia akan mendapatkan pahala meskipun jika melakukannya tidak berdosa. Sudah sepatutnya apabila seorang muslim meninggalkan hal-hal yang makruh agar mendapatkan pahala dan terpelihara daripada perkara yang diharamkan agama.
4. Perkara-perkara mubah(perkara rutin) yang berlebihan, kerana berlebih-lebihan dalam melakukan hal-hal yang mubah akan menjauhkan seseorang hamba dari Allah, mensia-siakan waktu, dan melalaikannya dari tugas dan tanggugjawab. Oleh kerana itu, sudah sepatutnya bila ia meninggalkan perkara-perkara muba yang berlebihan dan membatasi diri pada hal-hal mubah yang mendatangkan manfaat serta merealisasikan berbagai kebaikan.
5. Hal-hal yang penting ketika harus melakukan yang lebih penting, seperti hal-hal yang sunnah ketika harus melakukan yang wajib, dan hal-hal yang bersifat pelengkap ketika harus mewujudkan yang primer dan mendesak. Jadi, seorang muslim tidak boleh mendahulukan yang sunnah daripada yang wajib, melakukan yang penting dengan meninggalkan yang lebih penting, merealisasikan kebutuhan yang bersifat pelengkap dan mengabaikan yang primer dan mendesak.
         Diakhir zaman, ramai manusia berbondong-bondong melaksanakan perkara yang tidak penting berbanding perkara yang lebih penting. 

 Rasulullah saw bersabda
“Orang yang paling banyak dosanya pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berbicara mengenai hal-hal yang tidak berguna baginya.” (HR Ahmad)"

Thursday 3 May 2012

Tafsir Surah Al-Maidah ayat 80-82: Ilmu di kalangan orang yang fasik

Ilmu dikurniakan di kalangan mereka yang hina. Yang dimaksudkan dengan ilmu di kalangan orang yang hina adalah ilmu di kalangan orang yang fasik. 

Orang yang fasik bercakap tentang ilmu bersandarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.�Apabila keadaan ini berlaku menjelaskan bahawa inilah penyakit yang melanda umat zaman dahulu. 

Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak berjalan kerana orang yang fasik mempunyai sifat penakut kerana rohnya tidak kuat dan mereka pula takut kepada dosanya. 

Mereka sedar bahawa mereka mempunyai ilmu dan dosa. Mereka sedar bahawa mereka mempunyai perasaan takut mati. Orang sedemikian rupa mendapat ilmu dalam perkara agama. 

Apabila berlaku keadaan demikian, maka menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran ditinggalkan, tidak dilaksanakan dengan jayanya.
Seterusnya Allah Taala berfirman yang bermaksud, "Engkau melihat kebanyakan daripada mereka itu berwalikan kepada orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah: 80)
Kebanyakan daripada mereka itu (orang kafir dari ahlil kitab) berwalikan kepada orang-orang kafir. Yang dimaksudkan dengan berwalikan dengan orang kafir di sini adalah berwalikan kepada orang kafir musyrikin seperti orang kafir Makkah.
Inilah kawan mereka, tidak menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w. pada hal mereka mengetahui isi kandungan kitab Allah. 

Sesetengah ulama lain menyatakan yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah orang-orang munafik. Dia mengaku beriman sedangkan hatinya tidak beriman. Antara dalilnya adalah berwalikan kepada orang kafir dengan sebab itulah mereka tidak menjalankan perintah Allah dengan cara yang betul dan sesungguhnya.
Firman Allah yang bermaksud, "Alangkah buruknya apa yang mereka kemukakan untuk diri mereka." (Surah al-Maidah: 80)
Kalau itulah amalan mereka maka itulah amalan yang buruk, tidak boleh menjadi bekalan pada hari kiamat. 

Firman Allah yang bermaksud, "bahawa Allah memurkai mereka itu." (Surah al-Maidah: 80)
Allah Taala memurkai golongan seperti ini kerana tidak mencegah kemungkaran, reda kepada perkara tersebut dan berwalikan kepada orang kafir.
Firman Allah lagi yang bermaksud, "Dan di dalam azab neraka mereka kekal selama-lamanya." (Surah al-Maidah: 80)
Apabila mereka menjadi kufur kepada perintah Allah sudah pasti mereka kekal di dalam neraka. 

Firman Allah yang bermaksud, "Kalaulah sekiranya mereka itu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada Nabi s.a.w. dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (al-Quran), tidaklah mereka itu menjadikan orang kafir itu sebagai wali mereka.
"Dan kebanyakan daripada mereka itu adalah orang-orang yang fasik (keluar daripada taat kepada Allah dan rasul-Nya s.a.w.)" (Surah al-Maidah: 81)
Mereka tidak taat kepada Allah dan Rasul-Nya sekali gus menolak al-Quran sebagai kitab panduan kehidupan mereka di dunia ini. 

Firman Allah yang bermaksud, "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad s.a.w.) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.
"Dan demi sesungguhnya engkau dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang berkata, "bahawa kami ini ialah orang-orang Nasara. 

"Yang demikian itu disebabkan ada antara mereka pendita-pendita dan ahli ibadat dan kerana mereka tidak pula berlaku sombong." (Surah al-Maidah: 82)
Para ulama membincangkan sebab turunnya ayat ini. Al-Qurtubi dan Ibnu Kathir serta ulama-ulama tafsir yang lain telah menyebut beberapa peristiwa yang berkait dengan ayat ini dan mereka mengatakan bahawa peristiwa-peristiwa ini adalah sebab kepada Allah SWT menurunkan ayat ini untuk menjadi pengajaran kepada orang-orang yang beriman. 

Yang pertama ayat ini diturunkan bersempena dengan Raja Najasyi (Raja Habasyah), pembesar-pembesar dan pengikut-pengikutnya, apabila tiba kepada mereka orang-orang Islam yang berhijrah dalam peristiwa hijrah yang pertama sebelum daripada berhijrah ke Al-Madinatil Munawwarah. 

Sumber:
http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=82:tafsir-al-maidah-80-82-ilmu-di-kalangan-orang-fasik&catid=21:tafsir-al-quran&Itemid=108

HADITH: Apa Yang Perlu Diketahui

1. HADIS SAHIH

Maksud = hadis yang diriwayatkn oleh perawi-perawi yang adil & dhabit iaitu tepat & kuat ingatan. Sanadnya pula bersambung-sambung serta tidak cacat & tidak Syaz
( janggal ) yang bermula dari awal hingga akhirnya.


SYARAT HADIS SAHIH

1. Perawinya bersifat adil. Maksud adil di sini ialah seseorang soleh & bertaqwa iaitu mempunyai ciri berikut:

•mengerjakan suruhan & taat kepada ALLAH
•tidak melakukan dosa-dosa besar
•menjauhi perkara-perkara yang boleh menjatuhkan iman
•tidak mengikut mana-mana hadis yang bertentangan dengan syarak
•menjaga maruah, baik dari segi syarak mahupun adat

konteks lain bersifat adil juga termasuk ia tidak difitnah atau tidak dituduh dengan lima perkara :
•berdusta, fasiq, jahil dan bid’ah
•bergaul dengan sahabat-sahabat yang tidak bermaruah
•keterlaluan dalam bergurau senda
•membuang air kecil di jalan-jalan
•makan di jalanan.

2. Dhabit atau penjagaannya baik.
Maksunya perawi yang kuat daya ingatan, cerdik dan faham sama ada berbentuk hafalan atau tulisan. Perawi itu dapat menjaga tulisan-tulisannya daripada sebarang penambahan, pengurangan atau perubahan dengan sebab terlupa atau cuai.

3. Hadis diterima daripada perawi-perawi yang sama sifatnya. Jika ada di antara perawi yang tiada sifat-sifat yang boleh diterima, maka hadisnya ditolak.

4. Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir.
Iaitu tidak terputus-putus pada mana-mana tabaqat @ peringkat hingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. Menurut pendapat Imam al-Bukhari, seseorang yang hendak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w mestilah pernah hidup sezaman dengan Baginda dan berjumpa dengan Baginda walaupun sekali.

5. Tidak terdapat kejanggalan @ syaz.
Menurut Imam al Shafie, hadis syaz ialah hadis diriwayatkan oleh seorang perawi yang thiqah, tetapi menyalahi riwayat ramai. Maksudnya, hadis tersebut berbeza dengan hadis-hadis lain yang lebih kuat daripadanya.

6. Tidak terdapat sebarang kecacatan yang merosakkan.

HADIS SAHIH BOLEH DIBAHAGIKAN kepada 2 JENIS:
1.SAHIH LIZATH
2.SAHIH LIGHAIRIH

HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS SAHIH
*** HUKUMNYA ADALAH WAJIB.

2. HADIS HASAN

Maksud = Hadis Hasan ialah hadis yang bersambung sanadnya dari awal hingga akhir, perawinya juga bersifat adil dan tidak terdapat cacat serta tidak syaz, uma ia kurang kuat sifat dhabitnya.

Hadis Hasan juga mempunyai syarat-syarat yang cukup untuk sampai ke darjat SAHIH.

PEMBAHAGIAN HADIS HASAN:
1.HASAN LIZATH
2.HASAN LIGHAIRIH

SYARAT HADIS HASAN

•perawinya bersifat adil
•perawinya bersifat dhabit
•sanadnya bersambung dari awal hingga akhir riwayat
•tidak berlaku sebarang syaz atau kejanggalan
•tidak ada sebarang ‘illah padanya iaitu tidak cacat.

KEDUDUKAN HADIS HASAN

•Menurut pendapat majoriti ulama dan ahli hadis, mereka bersepakat mengatakan wajib beramal dengan Hadis Hasan. Antara lain juga berhujah dengan Hadis Hasan Lizath dan Hasan Lighairih sama dengan Hadis Sohih.
•Menurut pendapat majoriti ahli hadis seperti : Ibn Hibban, al-Hakim, Ibn Khazimah, kedudukan Hadis Hasan dalaha setaraf dengan Hadis Sahih. Walau bagaimanapun, mereka ini juga tetap meletakkan darjat HADIS SAHIH lebih tinggi dan mestilah DI UTAMAKAN terlebih dahulu apabila berlqaku pertentangan di antara keduanya.


3. HADIS DAIF

Maksud = hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat untuk menjadi SAHIH atau HASAN.
Iaitu sesebuah hadis yang tidak memenuhi syarat untuk diterima atau tidak mencapai taraf hadis SAHIH dan HASAN.

SEBAB HADIS DaIF LEMAH DARI SUDUT HUJAH.

•TIDAK CUKUP SYARAT-SYARAT SAHIH
•TERDAPAT KECACATAN ATAU ‘ILLAT
•PERIWAYATANNYA KURANG DHABIT
•SANADNYA TIDAK BERSAMBUNG
•TERDAPAT KEJANGGALAN ATAU SYAZ

PEMBAHAGIAN HADIS DAIF

1.HADIS DAIF PADA SANAD
–terbahagi kepada 2 :: * sanad tidak bersambung
* kecacatan perawi, sama ada kelayakan atau dhabit.

2.HADIS DaIF PADA MATAN
-hadis mauquf
-hadis maqtu’

SYARAT BERAMAL DENGAN HADIS DAIF

•daif yang ada pada hadis itu adalah tidak keterlaluan
•maksud yang terkandung did lm Hadis daif tidak bercanggah dengan kaedah umum agama Islam.
•Hendaklah berhati-hati ataupun Ihtiyat dari sudut pegangan ketika beramal dengannya. Hal itu supaya kita tidak tersalah menyandarkan hadis tersebut kepada Rasulullah, sedangkan hakikatnya ia bukan hadis atau bukan perkataan nabi.
• Hadis daif tidak boleh dijadikan hukum syarak, tetapi boleh beramal untuk perkara-perkara KECIL sahaja. TIDAK boleh digunakan sebagai DALIL dalam perkara-perkara HUKUm lebih-lebih lagi AQIDAH…

Sumber:
http://komuniti.iluvislam.com/topic/140-jenis-jenis-hadis/
http://berpesan.blogspot.com/2011/08/jenis-jenis-hadis-nabi-saw.html

Perihal: Jibril a.s., Kerbau, Kelawar, dan Cacing


Suatu hari Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Jibri a.s. untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui si Kerbau. 


Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril a.s. mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor kelelawar.


Malaikat Jibril a.s. mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "Hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nyaseekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.


Malaikat Jibril a.s. bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah s.w.t. sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya". 


rujukan:
http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/himpunan1001kisah.htm

Asy-Syahid Syeikh Ahmed Yassin: Memperingati 7 Tahun Pemergian Pejuang Hamas

Syeikh Ahmed Yassin
(1938- 2004)



                                                          Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampong bernama al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.

            Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru-gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.

Keadaannya yang lumpuh itu tidak mengahalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti islam. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah.

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di mesjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah-khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.

Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak-anak remaja dan para pemuda dengan didikan islam. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian ? pelarian Palestin yang diberikan nama Mujamma al-Islam.

Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih memaksa umat islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai Al-Mujahidun al-Filastiniyun pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan Kataib Syuyukh yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka. Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak mengahalang dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.

Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.

Melihatkan kepada kondisi Negara-Negara Arab yang tidak lagi berminat untuk memerdekan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin bersikap lunak terhadap rejim Zionis, Yassin dan juga rakan-rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan islam yang dikenali sebagai HAMAS pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak baru penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini dihasilkan dari masjid ? masjid dari kalangan orang ? orang muda yang dikenali dengan nama Atfal Hijarah (Kanak-kanak Batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai Intifadah. Kesan dari ?Intifadah? ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan- tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS.

Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenajarakan kerana kejayaan operasi-operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera-tentera dan komando-komando Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16 / 10 / 1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera-tentera Zionis.

Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masaalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru ? parunya dan juga hidapan pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang ? alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan..

Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.

Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.

Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat PAlestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap ? tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelabagi usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang Bandar-Bandar, membunuh orang-orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang-pejuang Palestin dan pemimpin-pemimpin mereka.

Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet - jet pejuang, helikopter dan juga kereta ? kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain ? lain lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidkak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003 bilaman sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.

Namun, pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.



  Tanggal 22 Mac 2004. Sorotan secebis kisah disebaliknya :Seorang saksi berkata :
"Tatkala peluru berpandu pertama dilepaskan ke arah Syeikh Yassin, saya melihat beliau bersama 2 pengapitnya (pembantu). Apabila peluru kedua jatuh, saya lihat
Syeikh Yassin bertukar menjadi cebisan-cebisan daging yang berterbangan di udara."
      "Saya lihat 3 helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu, saya bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, akan tetapi ia telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala beliau menyebabkan otaknya erhambur keluar ke atas tanah...saya menangis....”
     7 tahun selepas pemergian As-Syahid Syeikh Ahmed Yassin. Pengasas Hamas di Palestin. Mendapat tarbiyyah terus dari Ikhwanul Muslimin Mesir di bwh As-Syahid Syeikh Hassan Al-Banna. Menyoroti kisah2 perjuangannya, bisa mengalirkan air mata. Bagaimana dihentam semahu mungkin oleh yahudi laknatullah hingga lumpuh seluruh badan. Lebih malang lagi, pihak berkuasa Palestin sanggup bersekongkol dengan Zionis Yahudi Laknatullah menganiayai beliau. Tubuh syuhada ini berkecai selepas solat subuh tanggal 22 Mac 2004, sehari selepas PRU 11 di Malaysia. Helikopter Apache Zionis laknatullah melepaskan 2 3 bom ke arah beliau yang sedang berada di kerusi roda sambil ditolak oleh 2 orang pembantunya. Maka, syahidlah beliau menghadap Allah SWT dengan tubuh yang berkecai. Namun Allah SWT selamatkan wajahnya. Dengan senyuman, beliau menemui Allah SWT. Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan para nabi, siddiqin, SYUHADA dan juga para solehin.. Ameen.. Al-fatihah

Tentera Panji Hitam: Pemyelamat Dari Timur

Dari Ibnu Masud RA telah berkata, ketika kami berada disisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah.

"Aku pun bertanya, mengapa kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?"
Baginda menjawab, "Kami Ahlul Bait Alla SWT pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana daripada penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-Panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikan apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat memenuhinya, maka datangilah mereka itu walaupun merangkak diatas diatas salji. Sesungguhnya dia adalah Al-Mahdi."