“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali ALLAH (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu ALLAH menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat ALLAH itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu ALLAH selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah ALLAH menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
(Ali-Imran:102-103)

Thursday 23 February 2012

Bicara Cinta

Assalamualaikum wbt....

Apabila berbicara tentang cinta, saya terimbas kembali kisah-kisah dan pendapat 
para polan tentang cinta.. Dari pelbagai latar belakang dan watak, setiap orang menyatakan cinta dari pelbagai segi.. Saya teringat kisah sewaktu belajar di kolej dulu.. Pada minggu orientasi kami telah diberi satu tajuk iaitu 'Cinta Monyet' untuk dibahaskan.. Sya tergelak sakan tatkala ramai diantara kami bangun dan menghujahkan pendapat masing-masing sehinggga berlaku perang mulut.. dalam benakku, Saya terfikir mengapakah mereka begitu taksud tentang cinta walaupun mereka itu saya anggap terlalu 'muda' untuk membicarakan cinta..

Para elit pula mendefinisikan cinta dengan penuh mendalam.. Ada yang menyatakan bahawa cinta itu adalah satu perasaaan yang mampu mengubah segala galanya, ada yang menyatakan cinta itu suatu perasaan semula jadi antara manusia dengan manusia.. Benarkah begitu?? Sebenarnya, istilah cinta itu membawa banyak cabang maksudnya.. Istilah 'Cinta' itu sendiri adalah satu tajuk yang berbungkus kerana ianya adalah satu bentuk perasaan dan didalamnya terdapat 1001 makna yang tidak mampu dihurai oleh sesiapa pun.

Baru baru ini, saya telah membeli sebuah buku yang bertajuk "Kisah Cinta Dalam Al-Quran" Karangan Ustaz Misbah Em Majidy MA iaitu seorang pengarah Al Majidy Islamic Quranic.. Buku ini banyak mengupas tentang cinta, terutamanya cinta terhadap Allah Azza wa Jalla. Menurut pandangan seorang Ulama terkemuka tanah air iaitu Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau mendefinisikan cinta itu adalah satu bentuk kecintaaan terhadap manusia dengan manusia dan juga kepada Al-Khaliq. hubungan cinta antara manusia dan manusia akan terus subur setelah mengabdikan cinta kepadaNya. Tuan Guru lagi menyatakan bahawa cinta itu sebenarnya satu kenikmatan bagi sesiapa yang tahu cara menghargainya dan cinta itu ibarat wang ringgit, ia akan mendatangkan ketenangan kepada sesiapa jua yang mengunakanya dengan baik dan membinasakan pemiliknya jika disalahgunakan.

Dalam buku ini, si penulis banyak mengutarakan kisah cinta sesama makhluk seperti Cinta Para Nabi dan Rasul, cinta antara makhluk dengan Tuhan dan sebagai nya. Kecintaaan sesama makhluk sudah tentunya akan memjadikan manusia ini merasai nikmat yang sementara berbanding kecintaaan terhadap Allah.. Dalam buku ini, penulis telah menyelitkan kisah cinta Nabi Yusuf AS dan Zulaikha.. Iaitu satu kisah yang harus dijadikan teladan kepada muda mudi sekarang dakam bercinta. Selain itu, terdapat juga kisah Nabi Sulaiman as dan Ratu Balqis dan banyak lagi kisah-kisah cinta yang begitu memberi manfaat dan tauladan untuk dihayati oleh semua umat manusia yang beragama islam khususnya.. Begitulah kisah cinta para Nabi yang penuh dengan cabaran dan dugaanNya.

Buku ini juga banyak menceritakan kisah-kisah cinta makhluk dengan Tuhan mereka. Melalui pembacaan ini, cinta antara manusia dan Sang Pencipta adalah cinta Agung kerana, apabila hati sudah terpaut dengan kalimah Lailahailallah, nescaya manusia itu akan merasai satu nikmat yang tidak terperi nikmatnya. Dalam buku ini menceritakan kisah para mujahidah yang bertungkus lumus dalam menyelamatkan cinta mereka terhadap Allah seperti Fatimah Al Zahra, puteri Rasulullah SAW, Khadijah binti Khuwailid, Sumayyah dan ramai lagi.. 

Lagi kisah yang diceritakan adalah kisah cinta yang didorong oleh kejahatan Iblis Laknatullah iaitu kisah Qabil dan Habil. Secara keseluruhan, pembacaan buku ini sedikit sebanyak telah menyedarkan kita tentang 'keajaiban' disebalik perkataan Cinta melalui kisah kisah yang terdapat didalamnya. Dan dari sini, kita dapat mempelajari tentang adab adab bercinta menurut Islam dan tidak menjadikan alasan cinta itu untuk menghalalkan perbuatan yang haram disisi Allah. Oleh itu, saya syorkan agar para muda dan mudi memiliki seterusnya menghayati kisah -kisah yang terdapat didalamnya.. Insyaallah akan beroleh manfaat.. Sekian..

No comments:

Post a Comment