“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali ALLAH (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu ALLAH menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat ALLAH itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu ALLAH selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah ALLAH menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
(Ali-Imran:102-103)

Sunday 30 December 2012

Menyusuri Diari Sultan Abdul Hamid II, Khalifah Terakhir Kerajaan Uthmaniah

Sultan Abdul Hamid II"Anakku, ayah melihat orang-orang di sini sudah mulai memuji paras rupa dan kecantikanmu. Maka mulai hari ini ayah ingin kamu mengenakan hijab dengan sempurna, kerana kamu sudah menjadi wanita dewasa sekarang."

 Ungkapan kata penuh kasih sayang itu dituturkan dengan suara lembut oleh Sultan Abdul Hamid II kepada anaknya Aishah saat mereka melintasi hadapan Masjid Hamidiye Yildiz yang terletak tidak jauh dari pintu masuk istananya. Di hadapan masjid ini, terlalu banyak kisah yang memilukan hati menimpa diri dan keluarga Sultan. Percubaan pembunuhan dengan meletakkan bom di dalam kereta kuda Sultan. Pengeboman itu terjadi selang beberapa saat seusai solat Jumaat. Allah masih menghendaki Sultan Abdul Hamid tetap bertakhta memimpin umat. Usaha khianat untuk menamatkan nyawa orang nombor satu di dunia Islam itu telah gagal.

Di hadapan istana ini, Sultan sering melaksanakan solat dan keluar menemui rakyat yang selalu dekat di hatinya. Di situ juga, Sultan sesekali menunggang kuda ditemani anaknya Aishah, sambil menitahkan erti pentingnya menegakkan syariah bagi muslimah. Sejak saat itu anaknya mutahajibah (berhijab) sempurna, ini menandakan puterinya Aishah Osmanuglu telah memasuki usia aqil baligh. Istana Yildiz yang diperbuat dari kayu ini adalah tempat tinggal pilihan Sultan Abdul Hamid II, setelah beliau meninggalkan segala bentuk kemewahan kaum keluarganya yang sebelum ini di Istana Dolmabahce.  

Sultan Abdul Hamid II, lahir pada hari Rabu, 21 September 1842. Dengan nama lengkapnya, Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan. Sultan adalah putera Abdul Majid dari isteri kedua beliau. Ibunya meninggal saat Abdul Hamid berusia 7 tahun. Sultan menguasai bahasa Turki, Arab, dan Parsi. Gemar membaca dan bersyair. Sebelumnya, kekhalifahan dipimpin bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz yang berkuasa cukup lama. Sultan Abdul Aziz digulingkan kemudian dibunuh oleh musuh politik Khilafah Utsmaniyyah. Khalifah setelah Abdul Aziz adalah Sultan Murad V, putera Abdul Aziz. Namun kekuasaannya tidak berlangsung lama dan digulingkan setelah 93 hari berkuasa kerana dianggap tidak upaya menjadi khalifah. Sultan Abdul Aziz mewariskan negara dalam keadaan hiruk pikuk dan tidak terurus. Tunggakkan hutang luar negeri, parlimen yang tidak berfungsi, campur tangan asing di dalam negeri, tarik menarik antara pelbagai kepentingan Dewan Negara dan Dewan Menteri serta para ahli politik yang korup. Pada 14 Ogos 1876 (1293 H), Sultan Abdul Hamid dibai'at sebagai Khalifah. Saat itu usianya 34 tahun.

Dia menyedari bahawa pembunuhan bapa saudaranya serta perubahan-perubahan kekuasaan yang terjadi saat itu merupakan konspirasi global melawan Khilafah Islamiyah. Namun Sultan Abdul Hamid II dapat menjalankan pemerintahannya dengan baik, sering berbicara dengan pelbagai lapisan masyarakat, baik kalangan ahli politik ,  intelektual, rakyat jelata mahupun dari kelompok-kelompok yang kurang disukainya (lihat Shaw, 1977:212). Kebijaksanaannya mengurusi urusan seluruh kaum Muslimin membuatkan ia semakin popular. Namanya sering disebut dalam doa-doa di setiap solat Jumaat di seantero bumi. Sokongan padu  kaum Muslimin dan kesetiaan mereka terhadap Sultan Abdul Hamid II ini berhasil  mengurangi tekanan Eropah terhadap Utsmaniyyah. Abdul Hamid mengembangkan amanah dengan memimpin sebuah kerajaan yang luasnya membentang dari timur dan barat. Di tengah situasi negara yang genting dan kritis. Beliau menghabiskan 30 tahun kekuasaannya sebagai Khalifah dengan dikelilingi konspirasi, mehnah, fitnah dari dalam negeri sementara dari luar negeri ada perang, revolusi, dan ancaman globalisasi dan tuntutan pelbagai perubahan yang senantiasa terjadi. Termasuk usaha jahat yang sistematik yang dilakukan kaum Yahudi untuk mendapatkan tempat tinggal tetap di tanah Palestin yang masih menjadi sebahagian dari wilayah kekhalifahan Utsmaniyyah.

Pelbagai langkah dan strategi dilancarkan oleh kaum Yahudi untuk menembus dinding khilafah Utsmaniyyah, agar mereka dapat memasuki Palestin. Pertama, pada tahun 1892, sekelompok Yahudi Rusia mengajukan permohonan kepada Sultan Abdul Hamid, untuk mendapatkan keizinan tinggal di Palestin. Permohonan itu dijawab Sultan dengan ucapan "Pemerintan Ustmaniyyah memaklumkan kepada seluruh kaum Yahudi yang ingin hijrah ke Turki, bahawa mereka tidak akan diizinkan menetap di Palestin", mendengar jawaban seperti itu kaum Yahudi amat kecewa, sehingga duta besar Amerika turut campur tangan. Kedua, Theodor Hertzl, penulis Der Judenstaat (Negara Yahudi), pengasas negara Israel sekarang, pada tahun 1896 memberanikan diri menemui Sultan Abdul Hamid sambil meminta izin mendirikan perniagaan di al Quds. Permohonan itu dijawab Sultan: "Sesungguhnya jajahan  Utsmani ini adalah milik rakyatnya. Mereka tidak akan menyetujui permintaan itu. Sebab itu simpanlah kekayaan kalian itu dalam kantung kalian sendiri". Melihat keteguhan Sultan, mereka kemudian membuat strategi ketiga, iaitu melakukan Konferensi Basel di Switzerland, pada 29-31 Ogos 1897 dalam rangka merumuskan strategi baru menghancurkan Khilafah Ustmaniyyah. Oleh kerana peranan dan aktiviti Yahudi Zionis yang terlalu mendesak dan semakin menjadi-jadi, akhirnya Sultan pada tahun 1900 mengeluarkan keputusan pelarangan atas rombongan penziarah Yahudi di Palestin untuk tinggal di sana lebih dari tiga bulan, pasport Yahudi harus diserahkan kepada petugas khilafah yang berkaitan. Dan pada tahun 1901 Sultan mengeluarkan keputusan mengharamkan penjualan tanah kepada Yahudi di Palestin. Pada tahun 1902, Hertzl untuk kesekian kalinya mengadap Sultan Abdul Hamid untuk melakukan penyogokan (rasuah). Di antara sogokkan yang Hertzl tawarkan kepada Sultan adalah :
 1. 150 juta poundsterling Inggeris khusus untuk Sultan.
2. Membayar semua hutang pemerintah Ustmaniyyah yang mencapai 33 juta poundsterling Inggeris.
3. Membangun kapal induk untuk pemerintah, dengan biaya 120 juta Frank
4. Memberi pinjaman 5 juta poundsterling tanpa bunga.
5. Membangunkan Universiti Ustmaniyyah di Palestin.

Semuanya ditolak Sultan, bahkan Sultan tidak mahu menemui Hertzl, diwakilkan kepada Tahsin Basya, Perdana Menterinya, sambil menberikan pesanan, "Nasihati Mr Hertzl agar jangan meneruskan rancangnya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika Khilafah Utsmaniyah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup." Sejak saat itu kaum Yahudi dengan Zionisme melancarkan gerakan untuk menumbangkan Sultan.

Dengan menggunakan pelbagai kempen dan istilah seperti "liberation", "freedom", dan sebagainya, mereka menyebut pemerintahan Abdul Hamid II sebagai "Hamidian Absolutism", dan sebagainya. "Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Boleh saja aku berhijrah ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah Khalifah yang bertanggungjawab atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul!" Tulis Sultan Abdul Hamid dalam catatan hariannya. Pada malam 27 April 1909, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya didatangi beberapa orang tamu yang tidak di undang. Kedatangan mereka ke Istana Yildiz menjadi catatan sejarah yang tidak akan pernah dilupakan. Mereka datang atas nama perwakilan 240 anggota Parlimen Utsmaniyyah-di bawah tekanan dari Turki Muda-yang setuju penggulingan Abdul Hamid II dari kekuasaannya.

Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali mengeluarkan fatwa tentang penggulingan tersebut, dan akhirnya dipersetujui oleh anggota senat yang lain. Fatwa tersebut didapati sangat aneh dan setiap orang pasti mengetahui track record perjuangan Abdul Hamid II bahawa fatwa tersebut bertentangan dengan realiti sebenar yang berlaku di Turki dan empayar kerajaan Islam. Keempat utusan itu adalah Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Utsmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersamanya adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga panglima Ketenteraan Utsmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat daerah Daraj di Meclis-i Mebusan. "Bukankah pada waktu seperti ini adalah masa di mana aku harus menunaikan kewajibanku terhadap keluargaku. Tidak bolehkah kalian bicarakan masalah ini esok pagi?" Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tiba-tiba dan mendesak. Tidak ada simpati di raut wajah mereka.

"Negara telah memecat Anda!" Esat Pasha memberitahu kedatangannya dengan nada angkuh. Kemudian satu persatu wajah anggota rombongan itu diperhatikan dengan saksama oleh Sultan. "Negara telah memecatku, itu tidak ada masalah,.... tetapi kenapa kalian membawa serta Yahudi ini masuk ke tempatku?" Spontan Sultan murka yang amat sangat sambil menudingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso. Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dialah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika ingin mendapatkan keizinan menempatkan Yahudi di Palestin. Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tempat pemukiman Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun. Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermukim di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat riwayatnya. Jelas terlihat bahawa saat tersebut adalah saat pembalasan paling dinanti oleh Yahudi, di mana Abdul Hamid II yang telah menolak menjual Palestin pada mereka, telah mereka tunjukkan di depan muka Abdul Hamid II sendiri bahawa mereka turut serta dalam penggulingannya dari kekuasaan.

Mendung menyeluputi wajah Abdul Hamid II dan wajah Khilafah Islamiyah. "Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menyampaikan berita penggulinganku malam itu." Sultan Abdul Hamid meluapkan derita hatinya di dalam catatan hariannya. Perancangan menggulingkan Sultan sebenarnya sudah dilaksanakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat belakangan sebelum peristiwa hitam itu, nama Sultan sudah tidak disebut lagi di dalam khutbah-khutbah. "Walaupun anda dipecat, kelangsungan hidup anda berada dalam jaminan kami." Esat Pasha menyambung pembicaraan. Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puterinya yang terpaksa menyaksikan pengkhianatan terhadap dirinya. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian yang memilukan malam itu. "Bawa adik-adikmu ke dalam." Sultan Abdul Hamid menyuruhh Amir Abdul Rahim membawa adik-adiknya ke dalam kamar. "Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma satu hal yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai ayah perlu menyekolahkan mereka." Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Sultan sedar akan tidak ada gunanya membantah keputusan yang dibawa rombongan itu. Itulah kerisauan terakhir Sultan Abdul Hamid. Membayangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan. Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat orang itu. Malam itu juga, Sultan bersama para anggota keluarganya dengan hanya mengenakan pakaian yang yang di pakai pada malam tersebut di angkut di tengah gelap gelita menuju ke stesyen kereta api Sirkeci. Mereka diusir pergi meninggalkan bumi Khilafah, ke istana milik Yahudi di Salonika, tempat pengasingan negara sebelum seluruh khalifah dimusnahkan di tangan musuh Allah. Khalifah terakhir umat Islam, dan keluarganya itu dibuang ke Salonika, Yunani. Angin lesu bertiup bersama gerimis salju di malam itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, seakan turut sedih mengiringi tragedi memilukan itu. Di Eminonu, terlihat Galata di seberang teluk sedih. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberangi bukit itu dalam tempoh satu malam. Mereka menerobos teluk Bosphorus yang telah dirantai pintu masuknya oleh Kaisar Constantinople. Sejarah itu sejarah gemilang. Tidak akan pernah hilang.

Terhadap peristiwa pemecatannya, Sultan Abdul Hamid II mengungkap kegundahan hatinya yang dituangkan dalam surat kepada salah  seorang gurunya Syekh Mahmud Abu Shamad yang berbunyi:  

"...Saya meninggalkan kekhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu, melainkan kerana tipu daya dengan pelbagai tekanan dan ancaman dari para tokoh Organisasi Persatuan yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk), sehingga dengan berat hati dan terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini  telah mendesak saya berulang-ulang agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi  bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan tersebut yang datang bertubi-tubi tanpa ada rasa malu. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta pounsterling emas. Saya tetap dengan tegas  menolak tawaran itu. Saya menjawab dengan mengatakan, "Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. Tiga puluh tahun lebih aku hidup mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian." Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu, mereka dengan kekuatan gerakan rahsianya memaksa saya meninggalkan kekhalifahan, dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka. Saya banyak bersyukur kepada Allah, kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniah, dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negeri  Yahudi  di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada  Allah Ta'ala, yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu. Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah Anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang  mulia. mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, semoga Anda beserta jama'ah  yang anda dapat memaklumi semua itu. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 22 September 1909 ttd Pelayan Kaum Muslimin (Abdul Hamid bin Abdul Majid)

Deru langkah tentara kedengaran melangkah menuju istana. Meriam ditembakkan sebagai tanda Sultan Mehmed V dinobatkan menjadi penguasa Utsmaniyyah. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V menjadi Khalifah ke 99 umat Islam sejak Abu Bakr al-Siddiq ra. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tidak memiliki kekuasaan apa-apa. Hanya boneka pengumpan yang hanya akan mempercepatkan pemberontakan untuk pembubaran Khilafah Utsmaniyyah.  

"Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku merasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini mengendap di dadaku, ketika diangkat terasa lega!"

keluh Sultan Abdul Hamid Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika Yunani penuh misteri. "Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua." Sultan Abdul Hamid memberi motivasi kepada seluruh kerabatnya saat keretapi sedang meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Utsman, berakhir malam itu. Balutan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali. Di tengah suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas bangku kereta api sambil dipicit-picit oleh anaknya Fatimah. "Sabarlah anakku, negara tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini." Sultan mengusap wajahnya yang berlinangan air mata. Terlalu lama Sultan dan keluarganya dikurung di istana milik Yahudi itu. Mereka dikurung dalam kamar tanpa perabotan sama sekali. Pintu dan jendela dilarang dibuka. Hari demi hari, adalah penantian kematian sebelum mati bagi Sultan dan keluarganya. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dihantar pulang ke Istanbul, akan tetapi anak-anaknya dipisah-pisahkan, bercerai berai. Dibuang ke Perancis menjadi pengemis yang hidup meminta-minta di lorong jalan. Keadaan semasa di pembuangan Salonika atau di istana tua Beylerbeyi Istanbul sama saja bahkan lebih parah. Sultan dan beberapa anggota keluarganya yang masih tinggal tidak dibenarkan keluar sama sekali hatta sekadar pergi ke perkarangan istana kecuali untuk solat Jumaat di luar istana, tentunya dengan penjagaan yang amat ketat. Makanan untuk Sultan dan putera puterinya disukat sedemikian rupa, dengan kualiti makanan yang sangat rendah bahkan seluruh hartanya dirampas habis oleh tentera Ataturk. Hari-hari yang dilalui Sultan dalam pembuangan dan pengasingan sangat menyedihkan. Dia dan keluarganya selalu diancam akan dibunuh, istana tua itu akan diledakkan.

Pada suatu pagi selesai solat Subuh, Sultan memanggil puteranya, Abdul Rahman. Dialah ahli waris terpenting setelah ketiadaan Sultan nanti. "Kita akan berikan semua harta kita kepada pihak tentera kerana mereka memaksa kita menyerahkannya." Keluh Sultan kepada Abdul Rahman dengan nada sedih. Puteranya itu menangis teresak hebat. Dia menjadi amat takut dengan para tentera yang bengis itu. Beberapa hari kemudian di lobi Deutche Bank, Istanbul, terjadi peristiwa penyerahan secara paksa semua harta Sultan, termasuk seluruh tabungan Sultan kepada pihak tentera. Sultan tinggal di istana tua sebagai penjara di Beylerbeyi selama 6 tahun dalam situasi yang sangat mengaibkan. Tubuh kurus kering dan mengidap penyakit paru-paru yang semakin parah. Sultan benar-benar dikuarantinkan dari dunia luar, sehinggakan untuk mengubati penyakit disukarkan oleh pihak tentera. "Maafkan saya, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal," doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid sambil berbisik. Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asmanya semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Sultan Abdul Hamid II menghembuskan nafas terakhir dalam penjara Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar. Akibat kebodohan mereka membiarkan Khilafah Utsmaniyyah dilumpuhkan setelah pelucutan jabatan khilafahnya, 10 tahun yang lalu. Menangislah... tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu. Wa...Islama!!! Sumber; Harb, Muhammad (1998). Catatan Harian Sultan Abdul Hamid II. Darul Qalam, ; Asy-Syalabi, Ali Muhammad (2003). Bangkit dan Runtuhnya Khilafah 'Utsmaniyah. Pustaka Al-Kautsar, 403-425.

Saturday 29 December 2012

Perihal Orang Gaji & Orang Kaya

Haha...
Ketawa terbahak-bahak aku tatkala membaca suatu entry di ruangan MK...
Macam-macam dunia skang...

Sempena dengan itu, ingin aku ceritakan tentang suatu kisah..


Alkisahnya, ada seorang Orang gaji (OG) yang baik hati dan bekerja dengan seorang Orang Kaya (OK) disebuah banglo mewah. OK ini sangat baik dengan OG tersebut. Layanannya, keselesaannya. Gaji yag diterima OG pula sangat lumayan. Hal ini sangat mengembirakan OG tetapi, dia tahu bahawa wang yang diterimanya adalah berserta tanggungjawab yang besar.

Dan dia sangat senang melaksanakannya. Dalam itu, OG ini sebenarnya tidak berapa menyukai sikap OK ini. Kerana OK ini adalah seorang yang suka bersosial dan sombong terhadap golongan yang miskin dikawasan perumahan itu.

Suatu hari di hujung minggu, ketika sedang membasuh kereta bosnya, lalu seorang tua (OT) di depan rumah OK tersebut dalam keadaan lemah. Pakaiannya comot dan rabak. Muka pula pucat sepertinya tidak menjamah makanan untuk beberapa hari. Si OG tadi kesiankan OT tersebut. Tiba-tiba OT tersebut terjatuh dan pengsan. OG segera ingin menolong OT tersebut. "Biarkan dia, tahu la dia tu bangun sendiri. Cepat basuh kereta aku, aku nak keluar ni." Suara OK tiba-tiba menerjah telinga OG tadi.

Si OG tergaman. "Maafkan saya tuan, tapi OT itu sangat kesian dan...." OG cuba bersuara tetapi lantas dipotong oleh OK. "..Dan kau nak ape? Nak tolong dia?" Soal OK. "Aku tak kira, aku bayar gaji kau untuk kau buat kerja yang aku suruh. Skarang basuh keta aku, aku nak keluar." Sambung OK.

OG hanya mampu mengangguk. Tidak sanggup dia membantah arahan Bosnya itu. Dia tahu, jika dia membantah, mungkin dia akan dibuang kerja. Dan, tidak mungkin dia akan dapat gaji sebanyak tu bila kerja dengan orang lain. Akhirnya, dia akur dan hanya memandang OT yang dalam kesusahan tersebut seraya berkata."Maafkan saya pakcik, saya tidak berdaya menolong."

Orang ramai mula menngerumuni OT tersebut lalu menjerit,"OT ini sudah tiada..!!"

OG tergaman lagi. "Ya Allah, apa yang telah aku lakukan, kalau kau tolong tadi, tentu sempat diselamatkan." Hati kecilnya mulai kesal. Saat itu, dia mula sedar, dalam dia bertuan, dia juga BerTuhan. Kerana duit, dia menjadi buta. Mengucap panjang. Saat itu, dia berhenti kerja dan mendermakan gajinya untuk urusan pengebumian OT itu.

Sekian.......................

Sudah baca kan kisah tadi?

Perihal Orang Gaji, kalau dah dibayar gaji, mereka akan laksanakan apa saja tugas yang diberikan oleh majikan mereka... Dan setelah itu, tertakluk pula keatas kebijaksanaan OG tersebut. Jika kerja itu betul, adalah betul jika OG melaksanakannya. Dan jika kerja itu salah, maka salahlah jika OG itu pertahankannya.

Begitu juga hidup kita, jangan kita sesekali menjadikan urusan Duniawi itu penghalang kepada urusan Akhirat.
Buta kerana duit, buta kerana harta, buta kerana kerja san sebagainya.

Walau kita bkerja untuk mereka, tidak beerti jiwa kita juga bekerja untuk mereka.

Sebenarnya disini, tidak timbul pula isu berbudi dalam soal sebegini kerana yang berkuasa menentukan nasib manusia adalah Allah SWT. Dan budi tidak boleh menghalalkan kezaliman.

Menerusi Firman Allah yang bermaksud,

Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah Pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezki kepada kamu dari langit dan bumi?
(Fathir: 3)

So, moral of the story,
Jangan menganggap duit itu dapat membeli nilai kemanusiaan.
Jangan alaskan duit itu penyubur kezaliman.
Dan jangan pula kerana harta, kita berlaku zalim sesama manusia.

Kerana hal ini telah ditegaskan oleh Allah menerusi Firmannya;

"Dan janganlah kamu cenderong kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderongan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."
(Al Hud, Ayat:113)

"Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"
(HR Bukhari)

Sekian dari saya
Wallahualam
~ Nurdeen (30/12/12)

 (p/s: Andai ade silap, mohon perbetulkan yer... :))

Wednesday 21 November 2012

Tokoh Islam : Imam Hassan Al Basri


Kelahiran dan riwayat hidup beliau: 
- Nama penuh beliau ialah Al-Hasan bin Yasar. Beliau adalah merupakan maula (hamba lelaki yang telah dimerdekakan) milik seorang sahabat yang bernama Zaid bin Thabit r.a manakala ibu beliau yang bernama Khairat pula merupakan maulat (hamba perempuan yang telah dimerdekakan) milik Ummu Salamah isteri Nabi s.a.w. 
- Al-Hasan dilahirkan di Madinah sekitar tahun 30 Hijrah dan dibesarkan di rumah isteri-isteri Nabi s.a.w terutamanya di rumah Ummu Salamah r.a. Beliau dididik di rumah Ummu Salamah r.a yang merupakan salah seorang wanita Arab yang memiliki kesempurnaan akal pemikiran, seorang yang mempunyai kelebihan dan kebijaksanaan, isteri Rasulullah s.a.w yang memiliki ilmu yang sangat luas, isteri Nabi yang paling banyak meriwayatkan hadis daripada baginda serta termasuk di kalangan kumpulan kecil wanita yang pandai menulis pada zaman jahiliah. 
- Al-Hasan juga mendapat penghormatan kerana berpeluang menyusu dengan Ummul Mukminin Ummu Salamah r.a di mana peristiwa berlaku ketika ibu beliau keluar untuk menunaikan beberapa hajat. Pada masa tersebut beliau masih kecil dan dalam tempoh menyusu, ketika beliau menangis kelaparan Ummu Salamah r.a mengambil beliau masuk ke biliknya kemudian Ummu Salamah r.a membiarkan Al-Hasan menghisap buah dadanya walaupun tidak mempunyai susu supaya Al-Hasan tidak menangis dan juga sebagai pengganti kepada Al-Hasan semasa ibunya tiada. Oleh kerana Ummu Salamah terlalu sayang kepada Al-Hasan, tiba-tiba ditakdirkan Allah buah dadanya mengeluarkan susu menyebabkan dia dapat menyusukan Al-Hasan dengan baik dan berhenti menangis. 
- Pada masa kecil Al-Hasan sentiasa hidup berpindah randah di antara rumah-rumah Ummul Mukminin malah kehidupan sedemikian menyebabkan Al-Hasan terdidik di dalam suasana yang murni dengan akhlak yang baik, agama, adab dan ilmu. 


Kehidupan beliau menuntut ilmu: 
- Al-Hasan belajar melalui sahabat-sahabat yang terkemuka di masjid Rasulullah s.a.w seperti Othman bin Affan, Abdullah bin Abbas, Ali bin Abu Talib, Abu Musa Al-Asy'ariy, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan Abdullah bin Umar. 
- Setelah itu Al-Hasan berpindah ke Basrah bersama-sama dua orang ibu bapa beliau ketika beliau menjangkau umur 14 tahun seterusnya beliau menetap di sana bersama-sama dengan keluarganya. Pada masa tersebut Basrah merupakan salah satu kubu ilmu yang terbesar di mana masjidnya sering dikunjungi oleh para sahabat yang terkemuka terutamanya Abdullah bin Abbas sahabat yang sering didekati oleh Al-Hasan untuk mempelajari ilmu Tafsir, Hadis dan Qiraat. 
- Selain dari belajar daripada Abdullah bin Abbas, Al-Hasan juga mempelajari ilmu Fekah, Bahasa dan Adab daripada para sahabat sehingga beliau muncul sebagai orang yang paling alim pada zaman beliau. 
- Akhirnya ramai orang mengikuti pengajian beliau, kehebatan beliau mula tersebar dan kemasyhuran beliau juga semakin meningkat menyebabkan beliau sangat disayangi oleh orang ramai. 


Pujian ulama terhadap beliau: 
- Salah seorang yang rapat dengan Al-Hasan iaitu Khalid bin Safuan menyifatkan beliau dengan berkata: "Beliau adalah seorang yang memiliki sifat batiniah yang sama dengan sifat lahiriah, kata-kata beliau sama dengan perbuatan beliau, apabila beliau memerintahkan supaya melakukan kebaikan, beliaulah orang yang paling banyak melakukannya, apabila beliau melarang dari melakukan kemungkaran, beliaulah orang yang paling banyak meninggalkannya malah aku berpendapat beliau adalah seorang yang tidak memerlukan kepada bantuan orang lain kerana beliau adalah seorang yang zuhud kepada apa yang ada bersama orang lain sebaliknya aku melihat orang lain yang memerlukan bantuan beliau kerana mereka sentiasa meminta apa yang ada bersama beliau." 
- Maslamah bin Abdul Malik berkata tentang beliau: "Bagaimana sesuatu kaum boleh tersesat sedangkan di kalangan mereka terdapat seseorang seperti Al-Hasan Al-Basri?!." 
  


Nasihat beliau kepada pemerintah: 
- Al-Hasan A-Basri tidak pernah lupa untuk memberikan nasihat kepada pemerintah mengenai sesuatu perkara yang beliau anggap sebagai kebenaran walaupun nasihat yang diberikan itu agak pedih bagi mereka. Pernah berlaku suatu ketika di mana beliau diminta pendapat oleh Umar bin Hubairah mengenai sesuatu perkara yang diperintahkan oleh Khalifah Yazid bin Abdul Malik sedangkan Umar bin Hubairah sendiri tidak berpuas hati mengenai perkara tersebut, lalu beliau menjawab: "Wahai Ibnu Hubairah! Takutlah kepada Allah di dalam melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Yazid dan janganlah kamu takut kepada Yazid di dalam melaksanakan perintah Allah. Ketahuilah bahawa Allah s.w.t berkuasa untuk melindungi kamu dari kemarahan Yazid sedangkan Yazid tidak berkuasa untuk melindungi kamu dari kemurkaan Allah. Wahai Ibnu Hubairah! Sedikit masa lagi malaikat yang sangat bengis dan tidak pernah melanggar perintah Allah akan datang kepada kamu. Ia akan memindahkan kamu dari katil kamu ini. Ia akan memindahkan kamu dari Istana kamu yang sangat luas ke kubur kamu yang sangat sempit, di sana kamu tidak akan bertemu dengan Yazid sebaliknya kamu akan bertemu dengan amalan perbuatan kamu yang melanggar perintah Tuhan Yazid. Wahai Ibnu Hubairah! Sekiranya kamu tetap bersama dengan Allah dan sentiasa berada di dalam keadaan melakukan ketaatan kepada-Nya, kamu akan terselamat dari malapetaka Yazid bin Abdul Malik di dunia dan di akhirat kelak, tetapi sekiranya kamu sentiasa bersama dengan Yazid di dalam melakukan maksiat kepada Allah s.w.t, Allah akan menyerahkan kamu kepada Yazid. Ketahuilah wahai Ibnu Hubairah, sesungguhnya kita tidak boleh mentaati kepada perintah seseorang makhluk di dalam perkara yang melanggar perintah Allah." Mendengar kata-kata tersebut Ibnu Hubairah terus menangis sehingga tangisannya itu membasahi janggutnya. 


Di antara pengajaran beliau: 
- Pengajaran baik yang diberikan oleh Al-Hasan yang boleh menggegarkan hati, boleh menarik perhatian orang-orang yang lalai dan mengalirkan air mata orang-orang yang mendengar. Di antara pengajaran beliau ialah: "Sesungguhnya perumpamaan di antara dunia dan akhirat adalah seperti timur dan barat. Apabila kamu semakin hampir kepada salah satunya bererti kamu semakin jauh dari akhirat. Dunia merupakan suatu tempat di mana pada peringkat awalnya adalah kepenatan dan penghujungnya adalah kebinasaan. Perkara halalnya mengandungi perhitungan manakala perkara haramnya pula mengandungi pembalasan seksa. Sesiapa yang merasakan dirinya telah mencukupi dengan apa yang ada di dalamnya bererti dia telah tertipu dan sesiapa yang merasakan dirinya sangat memerlukan kepada apa yang ada di dalamnya dia akan bersedih." 


Kematian beliau: 
Al-Hasan rahimahullah telah meninggal dunia pada tahun 110 Hijrah dan kesemua penduduk Basrah keluar mengiringi jenazah beliau pada hari Jumaat awal bulan Rejab. Semoga Allah merahmati beliau dengan rahmat yang sangat luas.

Monday 19 November 2012

Senarai Pemimpin Islam Dan Kerajaannya






Nabi Muhammad Bin Abdullah Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam


Khulafa al-Rasyidin Di Madinah


632-634 M - Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
634-644 M - Khalifah Umar Al-Khattab,
644-656 M - Khalifah Uthman bin Affan
656-661 M - Khalifah Ali bin Abi Talib


Khilafah Bani Umayyah Di Damsyik

661-680 M - Khalifah Muawiyah ibn Abu Sufyan (Muawiyah I)
680-683 M - Khalifah Yazid ibni Muawiyah (Yazid I)
683-684 M - Khalifah Muawiyah ibni Yazid (Muawiyah II)
684-685 M - Khalifah Marwan Ibni Hakam (Marwan I)
685-705 M - Khalifah Abd al-Malik Ibni Marwan
705-715 M - Khalifah al-Walid I Ibni Abd al-Malik
715-717 M - Khalifah Sulaiman Ibni Abd al-Malik
717-720 M - Khalifah Umar ibni Abd al-Aziz
720-724 M - Khalifah Yazid II Ibni Abd al-Malik
724-743 M - Khalifah Hisham ibni Abd al-Malik
743-744 M - Khalifah al-Walid II Ibni Yazid II
744 M - Khalifah Yazid III Ibni Al-Walid
744 M - Khalifah Ibrahim Ibni Al-Walid
744-750 M - Khalifah Marwan II Ibni Muhammad



Khilafah Bani Abbasiyah di Baghdad


750-754 M - Khalifah Abu al-Abbas al-Saffah
754-775 M - Khalifah Al-Mansur
775-785 M - Khalifah Al-Mahdi
785-786 M - Khalifah Al-Hadi
786-809 M - Khalifah Harun al-Rashid
809-813 M - Khalifah Al-Amin
813-833 M - Khalifah Al-Ma'mun
833-842 M - Khalifah Al-Mu'tasim
842-847 M - Khalifah Al-Wathiq
847-861 M - Khalifah Al-Mutawakkil
861-862 M - Khalifah Al-Muntasir
862-866 M - Khalifah Al-Musta'in
866-869 M - Khalifah Al-Mu'tazz
869-870 M - Khalifah Al-Muhtadi
870-892 M - Khalifah Al-Mu'tamid
892-902 M - Khalifah Al-Mu'tadid
902-908 M - Khalifah Al-Muktafi
908-932 M - Khalifah Al-Muqtadir
932-934 M - Khalifah Al-Qahir
934-940 M - Khalifah Ar-Radi
940-944 M - Khalifah Al-Muttaqi
944-946 M - Khalifah Al-Mustakfi
946-974 M - Khalifah Al-Muti
974-991 M - Khalifah At-Ta'i
991-1031 M - Khalifah Al-Qadir
1031-1075 M - Khalifah Al-Qa'im
1075-1094 M - Khalifah Al-Muqtadi
1094-1118 M - Khalifah Al-Mustazhir
1118-1135 M - Khalifah Al-Mustarshid
1135-1136 M - Khalifah Ar-Rashid
1136-1160 M - Khalifah Al-Muqtafi
1160-1170 M - Khalifah Al-Mustanjid
1170-1180 M - Khalifah Al-Mustadi
1180-1225 M - Khalifah An-Nasir
1225-1226 M - Khalifah Az-Zahir
1226-1242 M - Khalifah Al-Mustansir
1242-1258 M - Khalifah Al-Musta'sim


Khilafah Bani Abbasiyah di Kaherah
(Bermula tahun 1261M)

Khilafah Turki Uthmaniyyah


1281-1326 M - Khalifah Uthman I
1326-1359 M - Khalifah Orhan I
1359-1389 M - Khalifah Murad I
1389-1402 M - Khalifah Bayezid I
1402-1413 M - Interregnum
1413-1421 M - Khalifah Mehmed I
1421-1444 M - Khalifah Murad II
1444-1445 M - Khalifah Mehmed II(Sultan Al Fateh)
1445-1451 M - Khalifah Murad II
1451-1481 M - Khalifah Mehmed II( Sultan Al Fateh)
1481-1512 M - Khalifah Beyazid II
1512-1520 M - Khalifah Selim I
1520-1566 M - Khalifah Suleiman I (yang Agung)
1566-1574 M - Khalifah Selim II
1574-1595 M - Khalifah Murad III
1595-1603 M - Khalifah Mehmed III
1603-1617 M - Khalifah Ahmed I
1617-1618 M - Khalifah Mustafa I
1618-1622 M - Khalifah Uthman II
1622-1623 M - Khalifah Mustafa I
1623-1640 M - Khalifah Murad IV
1640-1648 M - Khalifah Ibrahim I
1648-1687 M - Khalifah Mehmed IV
1687-1691 M - Khalifah Suleiman II
1691-1695 M - Khalifah Ahmed II
1695-1703 M - Khalifah Mustafa II
1703-1730 M - Khalifah Ahmed III
1730-1754 M - Khalifah Mahmud I
1754-1757 M - Khalifah Uthman III
1757-1774 M - Khalifah Mustafa III
1774-1789 M - Khalifah Abd-ul-Hamid I
1789-1807 M - Khalifah Selim III
1807-1808 M - Khalifah Mustafa IV
1808-1839 M - Khalifah Mahmud II
1839-1861 M - Khalifah Abd-ul-Mejid I
1861-1876 M - Khalifah Abd-ul-Aziz
1876 M - Khalifah Murad V
1876-1909 M - Khalifah Abd-ul-Hamid II
1909-1918 M - Khalifah Mehmed V (ReÅŸad)
1918-1922 M - Khalifah Mehmed VI (Vahideddin)
1922-1924 M - Khalifah Abd-ul-Mejid II


                 Pada hari Isnin tanggal 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), dunia dikejutkan oleh satu berita yang menggemparkan dari Turki bahawa Mustafa Kamal (laknatullah) telah secara resmi menghapuskan institusi Khilafah. Pada malam itu,Sultan Abdul Majid II, Khalifah terakhir kaum Muslimin, dipaksa untuk mengemas barangannya dan dibekalkan dengan sedikit wang, lalu dihalau keluar dari Turki dengan kendaraan yang telah disediakan khas. Dengan cara itulah, sebuah pemerintahan Islam yang berusia 1342 tahun, berakhir. Setelah bertahun - tahun umat Islam ditindas hasil pemerintahan didikan Yahudi dan Nasara, kini masanya mengembalikan daulat Islamiyah dibawah payungan Khalifah yang adil...

Saturday 17 November 2012

Disana Dan Disini...



















Ya Allah.. Aku Jelez,

Ya Allah...
Saudaraku disana,
Berlumba-lumba mengejar Syahid,
Saudaraku disini,
Berlumba-lumba mengejar Duit..

Gadis-gadis Disana,
Rela maut, kehormatan Dijaga,
Gadis-gadis disini,
Kehormatan maut kerana Cinta

Anak-anak disana,
Terlompat-lompat Mengelak Peluru,
Anak-anak disini,
Terlompat-lompat Bahana Lagu..

Ibu-ibu disana,
Tertanya-tanya dimana anak,
Ibu-ibu disini,
Terang terangan membuang anak..

Ayah-ayah disana,
Maut menanti keluarga tergadai,
Ayah-ayah disini,
Rumah Kebajikan tempat tersadai..

Ya Allah.. Aku jelez..

Mereka, Seronoknya hidup dilandasan Allah..
Mereka, Seronoknya dimandikan Malaikat...
Mereka, Seronoknya tersenyum menuju Syurga..
Indahnya Mereka Disana..

Aku...??

Ya Allah..
Jadikanlah Hidupku,
Hidup Keluargaku,
Hidup Saudara Seislamku,
Hidup Saudari Seislamku,
Indah Seperti Saudaraku Disana...

Wahai Tentera Allah dibumi Anbia',
Bertahanlah..
Jangan Menangis Walau Jasadmu Terluka..
Sesungguhnya Allah, MalaikatNya,
RasulNya, Dan Kami Sentiasa Bersamamu..

Friday 19 October 2012

Erti Sebuah Pepohon



Sahabat,

Jadilah Kalian Seperti Pepohon...
Yang,
Akarnya adalah tunjangan Aqidah...
Darinya,
Mengalirkan Cahaya Keagungan Ilahi...
Cahaya itu,
Mengukuhkan Batang Ranting Keimanan...
Kekukuhan itu,
Menyuburkan Benih-benih Keindahan Ibadat...
Kesuburan itu,
Melebarkan Dedaunan Keikhlasan dan Ketaatan...
Darinya,
Membuahkan Biji-biji Kemanisan Akhlak...

Pepohon itu,
Akan Tetap Berdiri...
Akan Tetap Bertahan...
Walau,
Badai Melanda...

Friday 12 October 2012

Dari Kerana Mata

                           Alhamdulillah.. Kicau pagi melewati embun malam..  Syukur kepadaMu ya Allah.. Aku masih bisa bernafas.. Aku memancarkan pandangan ke luar jendela, hujan mencurah-curah. Begitu patuh kepada Sang Penguasa.. Mengalirkan rahmat dari langit.. Titis-titis itu, bagai tiada penghujungnya, menyejukkan mata memandang.. Begitu indahnya ciptaan Tuhan yang Esa.. Alangkah ruginya manusia yang tidak mengetahuinya. Kurniaan pancaindera mata adalah begitu sempurna. Ada baiknya jika menggunakannya dengan betul, memikirkan keajaiban alam. Itu adalah salah satu zikir.

Firman Allah bermaksud: 

“Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?” (az-Zariyat ayat 21)

Dewasa ini, seringkali kita dikejutkan dengan kes-kes zina dibawah umur. Ada sehingga melahirkan anak-anak yang tidak berbapa. Ramai diantata kita berfikir adalah zina itu hanya zina semata-mata tanpa mendalami definisi terperinci. Hari ini, post ini akan membicarakan zina mata. Apakah zina mata ini? Zina Mata adalah seseorang melihat perkara-perkara yang haram. Berdasarkan ayat 31 dalam surah An-Nur, Allah melarang hambanya untuk menampakkan aurat, melainkan kepada orang-orang yang tertentu. Hal ini kerana, dari perkara sebegini lah, maka akan lahirnya Zina yang sebetulnya. 

Oleh itu, ingin aku selitkan secebis renungan buat insan yang bergelar muslim, khususnya kaum wanita, agar sentiasa menjaga maruah diri, keluarga dan masyarakat. Kerana Rasulullah ada menyatakan, wanita adalah fitnah dunia. Jangan biarkan iman tertewas dengan godaan nafsu. Aku berpesan kerana Allah.

"Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" (Surah al-Tahrim, ayat 6).


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

HASAN BASRI pada zaman mudanya, kelihatan bagus dan tampan, lebih-lebih apabila memakai pakaian mahal. Beliau sering berjalan-jalan sekeliling kampung di kota Basrah kerana sangat senang berdasarkan keindahan dan ramainya penduduk tinggal di kota itu.

Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau melihat seorang wanita cantik. Melihat wanita cantik itu. Hasan berjalan mengikutinya. Wanita itu menoleh, sambil berkata kepadanya: “Apakah engkau tidak malu?”

Jawab Hasan: ”Malu pada siapa?” Wanita itu berkata. “Malu kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam hati.”

Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya, akhirnya ia terus mengikuti di belakang wanita itu.

Wanita itu berkata lagi kepadanya: “Mengapa engkau mengikuti aku?” Jawab Hasan: “Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu.” Wanita itu berkata: “Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang engkau kehendaki.”

Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.

Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita cantik itu kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan.

Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu ada di dalamnya. Melihat hal sedemikian, maka pelayan terbabit berkata. “Sungguh tuan puteri berkata: “Aku tidak ingin mata yang memuatkan fitnah dan mempesonakan orang.”

Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata kepada dirinya: ”Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu terhadap wanita cantik itu.”

Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan menangis semalaman. Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk meminta maaf segala kesalahannya.

Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara tangisani wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa yang berlaku.

Dikatakan bahawa pemilik rumah itu meninggal. Hasan kembali ke rumahnya dan menangis selama tiga hari.

Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang berada di dalam syurga.

Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya. “Hai wanita yang cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku.”

Jawab wanita itu. “Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau.” Hasan berkata, “Berikanlah kepadaku akan nasihatmu.”

“Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya.” kata wanita berkenaan.

Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan hingga dia menjadi orang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhud dan taatnya kepada Allah.

Akhirnya, dia pun memperoleh darjat tinggi dan mulia serta menjadi seorang wali dan kekasih Allah.


Imam Abu Hasan Ali ibn Ahmad al-Wahidi dalam kitabnya al-Wajiz fi Tafsiri Qur'ani Aziz mentafsirkan: "Wahai orang-orang yang beriman! Berilah peringatan buat diri kamu sendiri dan ahli keluarga kamu tentang perkara yang boleh mendekatkan diri kepada rahmat Allah dan jauhilah diri kamu dan ahli keluargamu dari perkara dosa".

Wallahualam...

Wednesday 26 September 2012

Bersahabat

           Dulu, mase kecik-kecik... Mak aku selalu pesan.. "berkawan tu berkawan la baik-baik.. Kalau nak berkawan, cari la kawan yang  membawa ke arah kebaikan.. Bukan mencari kawan yang membawa ke arah kerosakan.. Kalau nak jugak, boleh... Tapi biar kita yang bimbing mereka ke arah kebaikan.." Aku kurang faham.. Sekarang, Stelah 22 tahun hidup, aku smakin mengerti, apa yang mak aku psan dulu... Ternyata, apa yang dpesan itu benar-benar mencabar hidup aku. Pesan itu, akan ku ingat sampai bila-bila.

Sebenarnya, apakah makna kawan/sahabat sebenarnya..??
 
          Jika dibuka kamus dewan, kawan/sahabat membawa maksud teman, rakan, taulan, sekutu, handai dan sebagainya.. Setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk berkawan dan secara fitrahnya, tidak mahu mencari lawan. Untuk apa kita berkawan? Adakah semata-mata untuk memenuhi kekosongan hati? Atau ade sesuatu disebaliknya? Ianya bergantung kepada niat seseorang manusia itu. Namun sejauh manakah persahabatan itu dinilai berdasarkan niat?

Ada orang, suka berkawan kerana inginkan keseronokan semata-mata. Ada orang suka berkawan kerana harta, pangkat dan sebagainya. Ada orang lain pula, suka mencari kawan kerana Allah dan Rasul.. Kawan.. Oh Kawan... Sebenarnya kawan/ sahabat boleh letakkan di dalam dua  jenis iaitu, kawan yang membina, kawan yang memusnah.

Rasulullah (SAW) ada mengingatkan mengenai kawan yang baik yang perlu dicari dan dipilih untuk menjadi panduan dan ikutan. Iaitu mereka yang dapat menjadi contoh teladan dalam semua bidang kehidupan. Dan bila kita berkawan atau mendekatinya dia akan memberi keuntungan sama ada dalam kehidupan dunia atau akhirat. Dia dapat menambahkan ingatan kita kepada Allah ilmu juga akan bertambah di samping dapat menambah semangat jitu untuk beramal dan berbekal untuk hari akhirat. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah melalui sebuah hadis.

Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.) “siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat. (HR Tarmizi) 


Rasulullah juga berpesan tentang adab-adab bersahabat, antaranya;


1) Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya

Melalui Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah telah bersabda "Jika seseorang kasih kepada seseorang, maka hendaklah dia memberitahu temannya."

2) Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

"Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudara seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan oleh malaikat dengan berkata (Engkau juga akan mendapat seumpamanya)."
(Hadis Riwayat Muslim)

3) Sentiasa bermanis muka ketika bertemu.

Sabda Nabi SAW, "janganlah kamu meremehkan kebajikan walaupun sedikit; sekalipun berjumpa temanmu dalam keadaan ceria" (HR Muslim)

4) Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.

"Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum berpisah"(HR Abu Daud)

5) Amalan ziarah Menziarahi

"Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu" (HR Ahmad)

6) Memberi hadiah

Nabi SAW bersabda, Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang" (HR Thabrani)

7) Membantu sahabat yang dalam kesusahan

"Orang-orang yang berjalan untuk menunaikanhajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan" (HR Hakim)


Berdasarkan hadis-hadis diatas, jelaslah bahawa persahabatan akan menjadi indah jika ianya tertaut bersama  keredhaan Allah SWT. Oleh itu, jelaslah tentang pesanan mak terhadapku. Jika kita tidak mampu untuk membimbing, maka berusahalah untuk dibimbing...

Sekian Wasalam..

(Hamba hanya insan yang lemah. Jika ada kesilapan, mohon perbetulkan)
Rujukan: artikel Rahsia Angka 7, Portal Jakim, Kawan, Konsep Persahabatan dan Persaudaraan Menurut Islam.
 


Wednesday 4 July 2012

Nukilan Buat Sahabat


Pagi ini,

Sinar pagi....
Membangkitkan lamunanku
Memancarkan pandangan...
Menatap gambar teman2.... 

Sorang demi sorang.....
Wajah demi wajah...
Terasa rindu...
Rindu untuk bertemu.....
Setelah begitu lama...
Hilang dari pandangan...

 


Sekolah dan Matrikulasi...
Meninggalkan Seribu memori...
Kenangan demi kenangan...
Menerjah ruang benakku...

Mengetuk pintu ingtanku...
Membawaku ke alam fantasi...
Membayangkan detik itu...

Aku terkedu...




Kerna...
Kenangan itu,
Tak mungkin kembali...

Lagi...........................


Semoga Berbahagia dan Berjaya Sahabat2 Ku dari SMK Rusila(2003-2007) & Matrx Negeri Sembilan(2008).....


~Ikhlas drp WanPian @ NurDeen

Friday 15 June 2012

Wahai Kekasih

Wahai seorang kekasih, 
telah lama kau dirindui, 
pilu sedih dalam kerinduan, 
menangis pun tak berair amata, 
namun hati tetap gmbira, 
safaat mu menanti disana.. 
sungguh tabahnya hatimu, 
menanggung derita yang malanda... 
biar pun pedih, 
pedih tersiksa, 
keranan ummat, 
kau tempuhi jua... 
 
Wahai rasul, 
kau lah segalanya, 
contoh terbaik, umat akhir zaman...
akhlak mu tinggi, 
kan kami jejaki, 
sifat mu smpurna,
pelengkap peribadi.. 

Wahai rasul,
kami merindui sinar wajahmu, 
mendamaikn jiwa, 
manis senyumanmu,
penawar hiba, 
dihati kami, 
kau lah segalanya......


Oleh : Nazrey Johani

Tuesday 12 June 2012

Kisah Artis: Hijrah Kerana Allah SWT



Mari kita lihat artis-artis penyair pada zaman Nabi saw yang terkenal yang berhijrah dari kehidupan jahiliah kepada kehidupan Islam dan iman sertai lebih diredhai…….

Di zaman jahiliyah…kedudukan penyair adalah seumpama kedudukan selebriti artis yang mempunyai pengaruh tertentu dan peminatnya yang tersendiri di kalangan masyarakat Arab…penyair-penyair yang berbakat dan terkenal adalah rebutan golongan bangsawan….dan golongan pemerintah yang memerintah….kerana alunan syair yang indah dengan susunan senikatanya yang amat hebat boleh menaikkan nama mereka di mata manusia ketika itu……

Seorang penyair mampu membuatkan pendengarnya merasa simpati…sayang…marah berduka…setia…sanggup berkorban nyawa…kerana itulah..bagi pemimpin yang ingin membina imej yang baik akan mengupah penyair-penyair ini dengan bayaran yang mahal agar dicipta syair..yang berbentuk bodekan dan puja pujian yang melampau…bagi menaikkan imej golongan pembesar dan pemerintah di ketika itu…..maka dengan syair yang dibuat oleh penyair itulah yang menjadikan seorang tokoh pemimpin itu nampak kuat…gagah ..perkasa….baik..pemurah..berani….walaupun pujian yang digambarkan itu agak keterlaluan dan lari dari gambaran mahupun realiti yang sebenar.

Maka dengan ayat yang mudah untuk kita fahami…..penyair di zaman jahiliyah terpaksa membodohkan diri mereka dan mencabul bakat mereka semata-mata…untuk membodek para penguasa dan pembesar..bagi mencari sesuap nasi….mencari pengaruh dan kemewahan….mencari perlindungan agar tidak disakiti….agar hidup selesa…dan kaya raya…..walaupun terpaksa melacurkan prinsip dan impian seni mereka sendiri.

Apabila dakwah ke arah Islam disebarkan oleh Nabi saw…..penguasa musyrik Mekah telah menggunakan khidmat para penyair ini untuk menyakiti dan menghina diri Nabi saw dan keluarga baginda….Mereka telah mereka syair-syair dengan bait-bait dan rangkap-rangkap syair yang jelas menghina dan menyakiti perasaan nabi….
Walaupun dari segi kemanusiaan penyair –penyair itu tahu bahawa syair yang mereka cipta itu salah dan berlawanan dengan naluri seni mereka…namun terpaksa juga dihasilkan syair penghinaan terhadap Nabi saw…semata-mata untuk mengembirakan tuan-tuan mereka yang membenci Nabi saw.

Namun Allah itu maha berkuasa dan maha bijaksana……dengan penurunan Al-Quran sebagai wahyu kepada Nabi saw….sebagai bukti kerasulan Nabi saw…maka Allah taala telah menurunkan kalamnya yang tersusun indah…malah lebih indah dan mendalam maksudnya..daripada syair manusia….walau sehebat mana pun penyair itu…..mereka tidak dapat melawan keindahan kata-kata dari firman Allah di dalam Al-Quran……….

Ini dibuktikan dengan cabaran Allah kepada penguasa dan penyair-penyair mereka….di dalam Al Quran:



"Dan jika kamu merasa ragu-ragu denan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surahyang seumpamanya,ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yangbenar.Dan sekiranya kamu tidak mampu..pastinya kamu tidak mampu (membawakan ayat yang standing dengannya) maka takutlah kamu kepada api neraka yang dibakar di dalam neraka dengan bahan bakar dari manusia dan batu..yang disediakan khas bagi orang –orang yang kafir


(Al-Baqarah : Ayat 23)

Dan firman Allah lagi yang bermaksud:

“Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.”
(Surah al-Israa’, ayat 88)

Apabila diturunkan Al-Quran kepada Nabi saw…..iaitu satu mukjizat yang terhebat…dengan susunan kalamullah yang indah ..mematahkan segala hujah dan tuduhan yang tidak berasas para penyair….Walau seindah manapun syair mereka pasti akan dikalahkan dengan keindahan firman Allah yang sememangnya menyebabkan manusia hatta penyair yang hebat pun terpegun..dan tertarik hati.

Kalamullah di dalam Al-Quran…terlalu indah sehingga mencarik-carik..merobek-robek jiwa mereka..sehingga dalam keadaan tidak sedar mereka mnegakui bahawa ini bukan kalam manusia biasa..kerana mereka adalah ahli dan pakar di dalam menyusun kata-kata…..

Begitu besarnya pengaruh Al Quran itu dalam hati orang-orang Arab, sehingga Bujair ibn Zuhair menulis surat kepada saudaranya Ka'ab..seorang penyair yang dahulunya menyakiti dan mengganggu Nabi saw,. Kepada Kaab dinasihatinya …, supaya segera datang kepada Nabi di Madinah.dan memohon maaf daripada Nabi saw diatas kejahilannya dan ketelanjurannya dahulu di dalam menghinaNabi dan keluarga baginda.. Bujair juga memberitahu kepada Ka’ab bahwa Nabi saw tidak pernah menghukum orang yang datang kepada baginda saw dan menyatakan penyesalannya; atau orang menyelamatkan diri dengan memohon kemaafan dan perlindungan daripada Nabi saw..

Setelah mendapat jaminan dari saudaranya Bujair ibn Zuhair itu cepat-cepat Kaab..pergi ke Madinah dan menumpang di rumah seorang kawan lama. Keesokan harinya pagi-pagi ia pergi ke masjid…., kemudian dia memohon maaf kepada Nabi saw….meminta perlindungan daripada nabi saw dan memeluk Islam agama yang di dalamnya diturunkan Al Quran….yang amat memikat hatinya…..setelah diperkenankan oleh Nabi saw Ka’ab dengan tenang hatinya setelah menerima hidayah Allah membacakan sajak ini………..

Berpisah dengan Su'ad
Hatiku kini merana karena cinta
Tergila-gila mengikutinya, terpukau
Tiada lagi ada belenggu.

Nabi kemudian memaafkannya dan setelah itu dia menjadi orang Islam yang baik……menjadi penyair yang membela Nabi saw dan agama Islam……

Karena pengaruh Ka’ab itu jugalah, maka kabilah-kabilah mulai datang menemui Nabi saw dan menyatakan kesetiaan mereka…... Dari kabilah Tayy datang pula utusan dipimpin oleh ketuanya sendiri, Zaid al-Khail.

Setelah mereka ini tiba..di Madinah, Nabi saw pun menyambut mereka dengan mesra dan baik sekali. Ketika terjadi perbualan dengan Zaid,…. Nabi saw berkata: " Setiap tokoh pimpinan dari kalangan Arab yang digambarkan oleh penyair begitu baik sekali…,tetapi apabila tokoh itu itu datang kepadaku, ternyata ia tidakalah sehebat dengan apa yang digambarkan orang, kecuali Zaid al-Khail ini. Ia melebihi daripada apa yang digambarkan orang kepadaku."

Lalu ia dinamainya 'Zaid al-Khair,' (Zaid yang baik) bukan lagi, Zaid al-Khail, ('Zaid si kuda')

.Kesemua kaum masyarakat Kabilah Tayy kemudian masuk Islam termasuk Zaid sendiri sebagai pemimpinnya

Begitulah hebatnya pengaruh orang seni…dan penyair-penyair penghibur pada zaman jahiliyah yang beriman dengan Nabi saw…..kalau dahulunya hidup bergelumang dengan glamour dan kemewahan serta maksiat tetapi sekarang sudah menerima hidayah kesedaran dan berubah…serta mahu…kepada Islam…..

Apabila Islam disebar luaskan sehingga ke Eropah..para penyair memainkan peranan yang besar untuk menaikkan semangat tentera Islam..dan apabila dibukakan Allah kekayaan kepada empayar Islam..penyair-penyair Islam juga diberikan kekayaan oleh Allah taala sebagai tanda keberkatan di atas usaha seni mereka yang Islamik dan berbentuk ibadah.

Kepada golongan artis yang sudah berhijrah kepada Islam dan kebaikan tahniah dari saya…semoga tabah menghadapi tomahan dan ejekan orang…walau yang bercakap itu seorang ustaz…

(Petikan: Artis Berubah satu Rahmat)

Wednesday 16 May 2012

Perihal Seorang Budak & Pohon Epal

          Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



Moral:
Cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak para remaja berfikir cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak remaja berfikir tentang pengajaran di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan.
Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masakini melayan ibu bapa mereka. Semoga kisah ini memberi keinsafan kepada kita semua.

Allah berfirman:

Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya …  ”  (Al-Ankabut ayat 8 )


Wallahualam...


Wednesday 9 May 2012

Peristiwa Khaibar: As-Syahid yang Tidak Pernah Solat

           Ketika dalam perjalanan ke Khaibar juga, pasukan tentera musuh bertemu dengan seorang budak hitam berbangsa Euthopia yang sedang mengembala kambing. Ketika dia melihat pasukan yang lengkap bersenjata, lantas dia bertanya, “Ke manakah kalian?”

            Jawab mereka, “Kami ingin memerangi seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai nabi.” Jawapan daripada mereka itu telah menggerakkan hatinya untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w.. Dia segera pergi menemui Rasulullah s.a.w. dengan seluruh kambing pemeliharaannya.

            Setelah bertemu, dia bertanya, “Apakah yang tuan ajarkan? Apakah yang tuan serukan?”

            Jawab Rasulullah s.a.w., “Aku ajak kamu kepada Islam, hendaknya kamu bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan aku ialah utusan Allah. Janganlah kamu menyembah selain Allah.”

            Tanya hamba itu lagi, “Apakah balasanku jika aku beriman kepada Allah?”
            Jawab Rasulullah s.a.w., “Kamu akan mendapat syurga jika kamu mati atas Islam.”

            Setelah mendengar demikian, maka hamba itu menyatakan ke-Islamannya dan berkata kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, sesungguhnya kambing-kambing ini diamanahkan kepadaku.”

            Jawab Rasulullah s.a.w., “Kalau begitu lepaskan kambing-kambing itu di tanah ladang, nanti Allah akan (mengembalikannya) ke tempat tuannya.”

            Setelah kambing-kambing itu dilepaskan, maka kambing-kambing itu segera kembali kepada tuannya. Sejak itu tahulah tuannya iaitu seorang Yahudi bahawa hambanya si budak hitam itu telah memeluk agama Islam.

            Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri dihadapan sekalian tentera Muslimin dan menyematkan ke dalam hati-hati mereka akan marakan api semangat jihad dan berani untuk menghadapi musuh-musuh Allah, kerana semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan bercita-cita untuk memperolehi syurga dan segala kenikmatan yang telah dijanjikan. Apabila kedua pasukan saling bertempur, dan peperangan sengit bermula, ketika itulah kelihatan debu-debu berterbangan di medan Khaibar, akhirnya budak hitam itu rebah syahid di medan Khaibar. 

                  Ketika jenazahnya dibawa ke dalam khemah Rasulullah s.a.w., baginda berkata kepada sahabatnya, “Sesungguhnya Allah telah memuliakan budak hitam ini dan membawanya kepada kebaikan. Aku lihat dikepalanya sedang berdiri dua orang bidadari sedangkan dia belum pernah bersujud (bersolat) walaupun sekali.”

Monday 7 May 2012

Lukisan Untuk Ayah



                        Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, ‘Siapa punya kerja ni?’ Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan ‘Tak tahu… !”Saya tak tahu Tuan..!

”Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik si isteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantik kan !’ katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita demam… ‘ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata…

‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis…. ‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Kasih kebendaan hanya sementara, Kasih anak, membawa kekal selamanya"

Copyright@2012: Diolah daripada Kisah Ita Si Anak Kecil

Sunday 6 May 2012

Khalid Al-Walid :Pedang Allah

                       Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru….Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera iaitu anugerah 'Pedang Allah'

Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.
          Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.

Berbicara tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau tidak menceritakan tentang peristiwa dalam peperangan Muktah yang memang terkenal itu.

Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.

Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"
Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"

Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"

Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan   berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".

Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"

Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.

Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata : "Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"

Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai Rasulullah SAW ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.

Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.

George  bertanya : "Wahai   Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Tidak"

George bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"

Khalid b Al-Walid berkata : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"

George bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"

Khalid b Al-Walid menjelaskan : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"

George seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Ya, itulah yang lebih utama"

George  berkata : "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Kamu hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu"

Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk............. !!! dan tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.

Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang keduapun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain..........begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya...Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut !   Ini membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW.

Sumber:
http://khairitajudin.blogspot.com/