“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali ALLAH (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu ALLAH menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat ALLAH itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu ALLAH selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah ALLAH menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
(Ali-Imran:102-103)

Saturday 29 December 2012

Perihal Orang Gaji & Orang Kaya

Haha...
Ketawa terbahak-bahak aku tatkala membaca suatu entry di ruangan MK...
Macam-macam dunia skang...

Sempena dengan itu, ingin aku ceritakan tentang suatu kisah..


Alkisahnya, ada seorang Orang gaji (OG) yang baik hati dan bekerja dengan seorang Orang Kaya (OK) disebuah banglo mewah. OK ini sangat baik dengan OG tersebut. Layanannya, keselesaannya. Gaji yag diterima OG pula sangat lumayan. Hal ini sangat mengembirakan OG tetapi, dia tahu bahawa wang yang diterimanya adalah berserta tanggungjawab yang besar.

Dan dia sangat senang melaksanakannya. Dalam itu, OG ini sebenarnya tidak berapa menyukai sikap OK ini. Kerana OK ini adalah seorang yang suka bersosial dan sombong terhadap golongan yang miskin dikawasan perumahan itu.

Suatu hari di hujung minggu, ketika sedang membasuh kereta bosnya, lalu seorang tua (OT) di depan rumah OK tersebut dalam keadaan lemah. Pakaiannya comot dan rabak. Muka pula pucat sepertinya tidak menjamah makanan untuk beberapa hari. Si OG tadi kesiankan OT tersebut. Tiba-tiba OT tersebut terjatuh dan pengsan. OG segera ingin menolong OT tersebut. "Biarkan dia, tahu la dia tu bangun sendiri. Cepat basuh kereta aku, aku nak keluar ni." Suara OK tiba-tiba menerjah telinga OG tadi.

Si OG tergaman. "Maafkan saya tuan, tapi OT itu sangat kesian dan...." OG cuba bersuara tetapi lantas dipotong oleh OK. "..Dan kau nak ape? Nak tolong dia?" Soal OK. "Aku tak kira, aku bayar gaji kau untuk kau buat kerja yang aku suruh. Skarang basuh keta aku, aku nak keluar." Sambung OK.

OG hanya mampu mengangguk. Tidak sanggup dia membantah arahan Bosnya itu. Dia tahu, jika dia membantah, mungkin dia akan dibuang kerja. Dan, tidak mungkin dia akan dapat gaji sebanyak tu bila kerja dengan orang lain. Akhirnya, dia akur dan hanya memandang OT yang dalam kesusahan tersebut seraya berkata."Maafkan saya pakcik, saya tidak berdaya menolong."

Orang ramai mula menngerumuni OT tersebut lalu menjerit,"OT ini sudah tiada..!!"

OG tergaman lagi. "Ya Allah, apa yang telah aku lakukan, kalau kau tolong tadi, tentu sempat diselamatkan." Hati kecilnya mulai kesal. Saat itu, dia mula sedar, dalam dia bertuan, dia juga BerTuhan. Kerana duit, dia menjadi buta. Mengucap panjang. Saat itu, dia berhenti kerja dan mendermakan gajinya untuk urusan pengebumian OT itu.

Sekian.......................

Sudah baca kan kisah tadi?

Perihal Orang Gaji, kalau dah dibayar gaji, mereka akan laksanakan apa saja tugas yang diberikan oleh majikan mereka... Dan setelah itu, tertakluk pula keatas kebijaksanaan OG tersebut. Jika kerja itu betul, adalah betul jika OG melaksanakannya. Dan jika kerja itu salah, maka salahlah jika OG itu pertahankannya.

Begitu juga hidup kita, jangan kita sesekali menjadikan urusan Duniawi itu penghalang kepada urusan Akhirat.
Buta kerana duit, buta kerana harta, buta kerana kerja san sebagainya.

Walau kita bkerja untuk mereka, tidak beerti jiwa kita juga bekerja untuk mereka.

Sebenarnya disini, tidak timbul pula isu berbudi dalam soal sebegini kerana yang berkuasa menentukan nasib manusia adalah Allah SWT. Dan budi tidak boleh menghalalkan kezaliman.

Menerusi Firman Allah yang bermaksud,

Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah Pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezki kepada kamu dari langit dan bumi?
(Fathir: 3)

So, moral of the story,
Jangan menganggap duit itu dapat membeli nilai kemanusiaan.
Jangan alaskan duit itu penyubur kezaliman.
Dan jangan pula kerana harta, kita berlaku zalim sesama manusia.

Kerana hal ini telah ditegaskan oleh Allah menerusi Firmannya;

"Dan janganlah kamu cenderong kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderongan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."
(Al Hud, Ayat:113)

"Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"
(HR Bukhari)

Sekian dari saya
Wallahualam
~ Nurdeen (30/12/12)

 (p/s: Andai ade silap, mohon perbetulkan yer... :))

No comments:

Post a Comment