Ilmu dikurniakan di kalangan mereka yang hina. Yang dimaksudkan
dengan ilmu di kalangan orang yang hina adalah ilmu di kalangan orang
yang fasik.
Orang
yang fasik bercakap tentang ilmu bersandarkan ayat al-Quran dan hadis
Nabi s.a.w.�Apabila keadaan ini berlaku menjelaskan bahawa inilah
penyakit yang melanda umat zaman dahulu.
Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak berjalan
kerana orang yang fasik mempunyai sifat penakut kerana rohnya tidak
kuat dan mereka pula takut kepada dosanya.
Mereka sedar bahawa mereka mempunyai ilmu dan dosa. Mereka
sedar bahawa mereka mempunyai perasaan takut mati. Orang sedemikian
rupa mendapat ilmu dalam perkara agama.
Apabila berlaku keadaan demikian, maka menyuruh kepada yang
baik dan mencegah kemungkaran ditinggalkan, tidak dilaksanakan dengan
jayanya.
Seterusnya Allah Taala berfirman yang bermaksud, "Engkau
melihat kebanyakan daripada mereka itu berwalikan kepada orang-orang
yang kafir." (Surah al-Maidah: 80)
Kebanyakan daripada mereka itu (orang kafir dari ahlil kitab)
berwalikan kepada orang-orang kafir. Yang dimaksudkan dengan berwalikan
dengan orang kafir di sini adalah berwalikan kepada orang kafir
musyrikin seperti orang kafir Makkah.
Inilah kawan mereka, tidak menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w. pada hal mereka mengetahui isi kandungan kitab Allah.
Sesetengah ulama lain menyatakan yang dimaksudkan dengan ayat
ini adalah orang-orang munafik. Dia mengaku beriman sedangkan hatinya
tidak beriman. Antara dalilnya adalah berwalikan kepada orang kafir
dengan sebab itulah mereka tidak menjalankan perintah Allah dengan cara
yang betul dan sesungguhnya.
Firman Allah yang bermaksud, "Alangkah buruknya apa yang mereka kemukakan untuk diri mereka." (Surah al-Maidah: 80)
Kalau itulah amalan mereka maka itulah amalan yang buruk, tidak boleh menjadi bekalan pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud, "bahawa Allah memurkai mereka itu." (Surah al-Maidah: 80)
Allah Taala memurkai golongan seperti ini kerana tidak mencegah
kemungkaran, reda kepada perkara tersebut dan berwalikan kepada orang
kafir.
Firman Allah lagi yang bermaksud, "Dan di dalam azab neraka mereka kekal selama-lamanya." (Surah al-Maidah: 80)
Apabila mereka menjadi kufur kepada perintah Allah sudah pasti mereka kekal di dalam neraka.
Firman Allah yang bermaksud, "Kalaulah sekiranya mereka itu
benar-benar beriman kepada Allah dan kepada Nabi s.a.w. dan kepada apa
yang diturunkan kepadanya (al-Quran), tidaklah mereka itu menjadikan
orang kafir itu sebagai wali mereka.
"Dan kebanyakan daripada mereka itu adalah orang-orang yang
fasik (keluar daripada taat kepada Allah dan rasul-Nya s.a.w.)" (Surah
al-Maidah: 81)
Mereka tidak taat kepada Allah dan Rasul-Nya sekali gus menolak al-Quran sebagai kitab panduan kehidupan mereka di dunia ini.
Firman Allah yang bermaksud, "Demi sesungguhnya engkau (wahai
Muhammad s.a.w.) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya
kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan
orang-orang musyrik.
"Dan demi sesungguhnya engkau dapati orang-orang yang dekat
sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman adalah
orang-orang yang berkata, "bahawa kami ini ialah orang-orang Nasara.
"Yang demikian itu disebabkan ada antara mereka pendita-pendita
dan ahli ibadat dan kerana mereka tidak pula berlaku sombong." (Surah
al-Maidah: 82)
Para ulama membincangkan sebab turunnya ayat ini. Al-Qurtubi
dan Ibnu Kathir serta ulama-ulama tafsir yang lain telah menyebut
beberapa peristiwa yang berkait dengan ayat ini dan mereka mengatakan
bahawa peristiwa-peristiwa ini adalah sebab kepada Allah SWT menurunkan
ayat ini untuk menjadi pengajaran kepada orang-orang yang beriman.
Sumber:
http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=82:tafsir-al-maidah-80-82-ilmu-di-kalangan-orang-fasik&catid=21:tafsir-al-quran&Itemid=108
No comments:
Post a Comment