Syeikh Ahmed Yassin
(1938- 2004)
(1938- 2004)
Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampong bernama al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.
Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru-gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.
Keadaannya yang lumpuh itu tidak mengahalang beliau untuk meneruskan
kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti islam.
Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di
Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke
hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa
Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966.
Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa
Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit
pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut
untuk memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah.
Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif
memperjuangkan islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di mesjid Gaza.
Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan
penduduk Gaza dengan khutbah-khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim
Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.
Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah
menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang
gigih mendidik anak-anak remaja dan para pemuda dengan didikan islam. Hasil
dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah
berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan
anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah
pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian ? pelarian Palestin yang
diberikan nama Mujamma al-Islam.
Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin
lebih memaksa umat islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota
Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan
sebagai Al-Mujahidun al-Filastiniyun pada tahun 1982 sebagai kesinambungan
perjuangan Kataib Syuyukh yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan
perjuangan mereka. Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak mengahalang
dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk
berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga
Masjid al-Aqsa.
Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam
di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas
tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Dia
telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera
Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara
pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman
penjara selama 11 bulan.
Melihatkan kepada kondisi Negara-Negara Arab yang tidak lagi berminat untuk
memerdekan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang
semakin bersikap lunak terhadap rejim Zionis, Yassin dan juga rakan-rakannya
di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan islam
yang dikenali sebagai HAMAS pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak baru
penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan
pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli
pergerakan ini dihasilkan dari masjid ? masjid dari kalangan orang ? orang muda
yang dikenali dengan nama Atfal Hijarah (Kanak-kanak Batu) kerana
menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang
mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai Intifadah. Kesan dari ?Intifadah? ini amat hebat, pihak tentera Zionis
terpaksa mengambil tindakan- tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap
kemaraan gerakan HAMAS.
Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah
merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu
sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain
telah dipenajarakan kerana kejayaan operasi-operasi yang telah dilancarkan
oleh gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera-tentera dan komando-komando Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16 / 10 / 1991 telah
menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas
sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh,
menculik dan juga menyerang tentera-tentera Zionis.
Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh
kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata
kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada
masaalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya.
Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru ? parunya dan juga
hidapan pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah
memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang ? alik ke hospital untuk
mendapatkan rawatan..
Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam
telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan
dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut
dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit
dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan
tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan
harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang
ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga
pejuang Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku
di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.
Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan
Jordan dengan rejim Zionis Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan.
Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim
Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik
HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua
perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang
diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad
Yassin dibebaskan.
Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya
sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati
rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000
telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim
Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya.
Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat PAlestin
untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar
kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling
teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap ?
tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelabagi usaha
dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya
menyerang Bandar-Bandar, membunuh orang-orang awam, membina tembok pemisah,
membunuh pejuang-pejuang Palestin dan pemimpin-pemimpin mereka.
Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah
berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet - jet
pejuang, helikopter dan juga kereta ? kereta kebal mereka. Antaranya Salah
Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain ? lain lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga
tidkak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 /
2003 bilaman sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan
merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami
kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul
Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau
di dalam perjalanan.
Namun, pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad
Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid setelah selesai solat
subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang
lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain
termasuk anaknya.
Tanggal 22 Mac 2004. Sorotan secebis kisah disebaliknya :Seorang saksi berkata :
"Tatkala peluru berpandu pertama dilepaskan ke arah Syeikh Yassin, saya melihat beliau bersama 2 pengapitnya (pembantu). Apabila peluru kedua jatuh, saya lihat Syeikh Yassin bertukar menjadi cebisan-cebisan daging yang berterbangan di udara."
"Saya lihat 3 helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu, saya bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, akan tetapi ia telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala beliau menyebabkan otaknya erhambur keluar ke atas tanah...saya menangis....”
7 tahun selepas pemergian As-Syahid Syeikh Ahmed Yassin. Pengasas Hamas di Palestin. Mendapat tarbiyyah terus dari Ikhwanul Muslimin Mesir di bwh As-Syahid Syeikh Hassan Al-Banna. Menyoroti kisah2 perjuangannya, bisa mengalirkan air mata. Bagaimana dihentam semahu mungkin oleh yahudi laknatullah hingga lumpuh seluruh badan. Lebih malang lagi, pihak berkuasa Palestin sanggup bersekongkol dengan Zionis Yahudi Laknatullah menganiayai beliau. Tubuh syuhada ini berkecai selepas solat subuh tanggal 22 Mac 2004, sehari selepas PRU 11 di Malaysia. Helikopter Apache Zionis laknatullah melepaskan 2 3 bom ke arah beliau yang sedang berada di kerusi roda sambil ditolak oleh 2 orang pembantunya. Maka, syahidlah beliau menghadap Allah SWT dengan tubuh yang berkecai. Namun Allah SWT selamatkan wajahnya. Dengan senyuman, beliau menemui Allah SWT. Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan para nabi, siddiqin, SYUHADA dan juga para solehin.. Ameen.. Al-fatihah
"Tatkala peluru berpandu pertama dilepaskan ke arah Syeikh Yassin, saya melihat beliau bersama 2 pengapitnya (pembantu). Apabila peluru kedua jatuh, saya lihat Syeikh Yassin bertukar menjadi cebisan-cebisan daging yang berterbangan di udara."
"Saya lihat 3 helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu, saya bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, akan tetapi ia telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala beliau menyebabkan otaknya erhambur keluar ke atas tanah...saya menangis....”
7 tahun selepas pemergian As-Syahid Syeikh Ahmed Yassin. Pengasas Hamas di Palestin. Mendapat tarbiyyah terus dari Ikhwanul Muslimin Mesir di bwh As-Syahid Syeikh Hassan Al-Banna. Menyoroti kisah2 perjuangannya, bisa mengalirkan air mata. Bagaimana dihentam semahu mungkin oleh yahudi laknatullah hingga lumpuh seluruh badan. Lebih malang lagi, pihak berkuasa Palestin sanggup bersekongkol dengan Zionis Yahudi Laknatullah menganiayai beliau. Tubuh syuhada ini berkecai selepas solat subuh tanggal 22 Mac 2004, sehari selepas PRU 11 di Malaysia. Helikopter Apache Zionis laknatullah melepaskan 2 3 bom ke arah beliau yang sedang berada di kerusi roda sambil ditolak oleh 2 orang pembantunya. Maka, syahidlah beliau menghadap Allah SWT dengan tubuh yang berkecai. Namun Allah SWT selamatkan wajahnya. Dengan senyuman, beliau menemui Allah SWT. Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan para nabi, siddiqin, SYUHADA dan juga para solehin.. Ameen.. Al-fatihah
No comments:
Post a Comment