“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali ALLAH (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu ALLAH menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat ALLAH itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu ALLAH selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah ALLAH menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
(Ali-Imran:102-103)

Thursday 3 May 2012

HADITH: Apa Yang Perlu Diketahui

1. HADIS SAHIH

Maksud = hadis yang diriwayatkn oleh perawi-perawi yang adil & dhabit iaitu tepat & kuat ingatan. Sanadnya pula bersambung-sambung serta tidak cacat & tidak Syaz
( janggal ) yang bermula dari awal hingga akhirnya.


SYARAT HADIS SAHIH

1. Perawinya bersifat adil. Maksud adil di sini ialah seseorang soleh & bertaqwa iaitu mempunyai ciri berikut:

•mengerjakan suruhan & taat kepada ALLAH
•tidak melakukan dosa-dosa besar
•menjauhi perkara-perkara yang boleh menjatuhkan iman
•tidak mengikut mana-mana hadis yang bertentangan dengan syarak
•menjaga maruah, baik dari segi syarak mahupun adat

konteks lain bersifat adil juga termasuk ia tidak difitnah atau tidak dituduh dengan lima perkara :
•berdusta, fasiq, jahil dan bid’ah
•bergaul dengan sahabat-sahabat yang tidak bermaruah
•keterlaluan dalam bergurau senda
•membuang air kecil di jalan-jalan
•makan di jalanan.

2. Dhabit atau penjagaannya baik.
Maksunya perawi yang kuat daya ingatan, cerdik dan faham sama ada berbentuk hafalan atau tulisan. Perawi itu dapat menjaga tulisan-tulisannya daripada sebarang penambahan, pengurangan atau perubahan dengan sebab terlupa atau cuai.

3. Hadis diterima daripada perawi-perawi yang sama sifatnya. Jika ada di antara perawi yang tiada sifat-sifat yang boleh diterima, maka hadisnya ditolak.

4. Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir.
Iaitu tidak terputus-putus pada mana-mana tabaqat @ peringkat hingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. Menurut pendapat Imam al-Bukhari, seseorang yang hendak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w mestilah pernah hidup sezaman dengan Baginda dan berjumpa dengan Baginda walaupun sekali.

5. Tidak terdapat kejanggalan @ syaz.
Menurut Imam al Shafie, hadis syaz ialah hadis diriwayatkan oleh seorang perawi yang thiqah, tetapi menyalahi riwayat ramai. Maksudnya, hadis tersebut berbeza dengan hadis-hadis lain yang lebih kuat daripadanya.

6. Tidak terdapat sebarang kecacatan yang merosakkan.

HADIS SAHIH BOLEH DIBAHAGIKAN kepada 2 JENIS:
1.SAHIH LIZATH
2.SAHIH LIGHAIRIH

HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS SAHIH
*** HUKUMNYA ADALAH WAJIB.

2. HADIS HASAN

Maksud = Hadis Hasan ialah hadis yang bersambung sanadnya dari awal hingga akhir, perawinya juga bersifat adil dan tidak terdapat cacat serta tidak syaz, uma ia kurang kuat sifat dhabitnya.

Hadis Hasan juga mempunyai syarat-syarat yang cukup untuk sampai ke darjat SAHIH.

PEMBAHAGIAN HADIS HASAN:
1.HASAN LIZATH
2.HASAN LIGHAIRIH

SYARAT HADIS HASAN

•perawinya bersifat adil
•perawinya bersifat dhabit
•sanadnya bersambung dari awal hingga akhir riwayat
•tidak berlaku sebarang syaz atau kejanggalan
•tidak ada sebarang ‘illah padanya iaitu tidak cacat.

KEDUDUKAN HADIS HASAN

•Menurut pendapat majoriti ulama dan ahli hadis, mereka bersepakat mengatakan wajib beramal dengan Hadis Hasan. Antara lain juga berhujah dengan Hadis Hasan Lizath dan Hasan Lighairih sama dengan Hadis Sohih.
•Menurut pendapat majoriti ahli hadis seperti : Ibn Hibban, al-Hakim, Ibn Khazimah, kedudukan Hadis Hasan dalaha setaraf dengan Hadis Sahih. Walau bagaimanapun, mereka ini juga tetap meletakkan darjat HADIS SAHIH lebih tinggi dan mestilah DI UTAMAKAN terlebih dahulu apabila berlqaku pertentangan di antara keduanya.


3. HADIS DAIF

Maksud = hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat untuk menjadi SAHIH atau HASAN.
Iaitu sesebuah hadis yang tidak memenuhi syarat untuk diterima atau tidak mencapai taraf hadis SAHIH dan HASAN.

SEBAB HADIS DaIF LEMAH DARI SUDUT HUJAH.

•TIDAK CUKUP SYARAT-SYARAT SAHIH
•TERDAPAT KECACATAN ATAU ‘ILLAT
•PERIWAYATANNYA KURANG DHABIT
•SANADNYA TIDAK BERSAMBUNG
•TERDAPAT KEJANGGALAN ATAU SYAZ

PEMBAHAGIAN HADIS DAIF

1.HADIS DAIF PADA SANAD
–terbahagi kepada 2 :: * sanad tidak bersambung
* kecacatan perawi, sama ada kelayakan atau dhabit.

2.HADIS DaIF PADA MATAN
-hadis mauquf
-hadis maqtu’

SYARAT BERAMAL DENGAN HADIS DAIF

•daif yang ada pada hadis itu adalah tidak keterlaluan
•maksud yang terkandung did lm Hadis daif tidak bercanggah dengan kaedah umum agama Islam.
•Hendaklah berhati-hati ataupun Ihtiyat dari sudut pegangan ketika beramal dengannya. Hal itu supaya kita tidak tersalah menyandarkan hadis tersebut kepada Rasulullah, sedangkan hakikatnya ia bukan hadis atau bukan perkataan nabi.
• Hadis daif tidak boleh dijadikan hukum syarak, tetapi boleh beramal untuk perkara-perkara KECIL sahaja. TIDAK boleh digunakan sebagai DALIL dalam perkara-perkara HUKUm lebih-lebih lagi AQIDAH…

Sumber:
http://komuniti.iluvislam.com/topic/140-jenis-jenis-hadis/
http://berpesan.blogspot.com/2011/08/jenis-jenis-hadis-nabi-saw.html

No comments:

Post a Comment